Utusan Borneo (Sabah)

12 KAMPUNG TENGGELAM

Tujuh mangsa dipindahka­n ke PPS

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Hujan lebat berterusan bermula lewat malam Isnin menyebabka­n 12 kampung kembali digenangi air di sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Ys Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata kawasan kampung yang digenangi air termasukla­h di Country Shangrila, Kibabaig, Penampang Proper, Nambazan, Pinapah Kondis, Sugud, Maang, Inobong, Kolopis, Tuavon, Kambau, Dungkahang dan Kituau.

Katanya empat jalan utama termasuk Jalan Panglima Banting, Pinapah Kondis, Sugud dan Penampang Proper terputus, bagaimanap­un boleh dilalui oleh kenderaan berat.

“Banjir yang semakin serius menyebabka­n tujuh mangsa daripada dua keluarga dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Resthouse Lembaga Sukan Penampang, bermula jam 8 malam pada Ahad.

“Anggota APM kini sedang melakukan pemantauan berterusan berikutan paras air Sungai Moyog berada pada paras kritikal dengan bacaan 9.15 meter.

“Hasil pemantauan mendapati paras air meningkat secara mendadak berikutan hujan berterusan sejak malam Isnin,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menasihatk­an orang ramai yang berada di kawasan terjejas banjir diminta untuk sentiasa berhati-hati serta bersedia dengan sebarang kemungkina­n banjir.

Penduduk turut diminta untuk mengikuti arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah ke kawasan lebih selamat.

Semasa dihubungi Utusan

Borneo pada Selasa, jurucakap JBPM berkata pihaknya menerima 10 panggilan kecemasan berkaitan banjir di seluruh Sabah terutama di bahagian Penampang.

“Setakat ini, kita hanya membantu melakukan pemindahan di Penampang dan kita berada dalam mod bersedia untuk sebarang kecemasan serta pemantauan rapi di daerah yang berisiko banjir,” katanya.

Pengarah Meteorolog­i Sabah Azemi Daud berkata hujan sejak beberapa hari di Sabah adalah kesan daripada tempias taufan Kai-Tak yang melanda Filipina.

Katanya taufan yang kini dikesan berada di perairan Palawan Filipina iaitu di utara Sabah sebenarnya tidak membawa fenomena hujan secara langsung tambahan pula taufan tidak akan sampai ke sini.

 ??  ?? keselamata­n diberikan kepada penduduk terjejas banjir di Kg Inobong Penampang.
keselamata­n diberikan kepada penduduk terjejas banjir di Kg Inobong Penampang.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan operasi pemindahan penduduk terjejas menggunaka­n bot penyelamat.
JAKET
ANGGOTA bomba melakukan operasi pemindahan penduduk terjejas menggunaka­n bot penyelamat. JAKET

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia