Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut tercampak dari kereta terbabas

Di Jalan Marintaman Empire Emas Marketing 2

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

SIPITANG: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai tercampak keluar dari kereta pacuan empat roda yang terbabas di Jalan Marintaman Empire Emas Marketing 2, di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata kejadian jam 4.25 pagi itu membabitka­n sebuah kereta jenis Ford Ranger yang dinaiki dua beradik.

Katanya sebaik menerima panggilank­ecemasanpi­haknya menggegask­an sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Bonny Yong ke lokasi sejauh 4 kilometer.

“Sebaik tiba, kita melihat dua mangsa lelaki terbaring di luar kereta pacuan empat roda yang terbabas sendiri.

“Anggota bomba kemudianny­a melakukan

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pihaknya menggegask­an sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Bonny Yong ke lokasi sejauh 4 kilometer. ” KHATIZAH RAHABAN

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah

pemeriksaa­n di sekitar lokasi bagi mengelakka­n sebarang kecemasan lain berlaku,” katanya.

Menurutnya salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang tiba di lokasi dan seorang lagi mangsa cedera parah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan operasi ditamatkan beberapa minit kemudian.

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaa­n terhadap kereta pacuan empat roda yang terbalik selepas terbabas di Jalan Marintaman Empire Emas Marketing 2.
ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaa­n terhadap kereta pacuan empat roda yang terbalik selepas terbabas di Jalan Marintaman Empire Emas Marketing 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia