Utusan Borneo (Sabah)

Beri semula kepada rakyat

1,800 terima bantuan awal persekolah­an

-

SANDAKAN: Seramai 1,800 pelajar sekolah rendah dan menengah telah mendapat manfaat daripada tanggungja­wab korporat sosial (CSR) yang dilaksanak­an oleh Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) bagi tahun ini.

Daripada jumlah itu, 1,000 pelajar dari DUN Sungai Sibuga dan selebihnya dari DUN Sukau. Mereka menerima bantuan awal persekolah­an iaitu beg sekolah dan alat tulis.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman gembira dengan usaha dilakukan KPD dan mengalu-alukan agensi kerajaan serta negeri yang memperoleh keuntungan agar memberi semula kepada rakyat yang memerlukan.

“Apabila sesebuah agensi itu diurus dengan cekap, baik dan telus dengan bimbingan pengerusi atau pengarahny­a, sudah tentu mereka akan beroleh keuntungan. Apabila beroleh keuntungan, selain daripada bayar dividen, saya juga minta mereka melaksanak­an CSR untuk beri kepada rakyat.

“Hari ini, KPD sambut seruan itu dan memberi kepada yang memerlukan. Saya ucap tahniah kepada KPD. Adalah menjadi hasrat kerajaan yang sentiasa ingin membela nasib rakyat.

“Pemberian KPD menerusi CSR kepada anak-anak bersekolah sudah tentu membantu meringanka­n beban ibubapa dan dalam masa yang sama anak-anak gembira dan lebih bersemanga­t untuk memulakan persekolah­an,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an 2018 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KPD Assan Nasip, Pengurus BesarKPDKa­liminSahad­idan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Ir James Wong.

Menurut Musa, bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerana semua pihak mahu anak-anak bukan sahaja cemerlang dalam persekolah­an, malah berjaya

Ketua Menteri

MUSA “Pemberian KPD menerusi CSR kepada anak-anak bersekolah sudah tentu membantu meringanka­n beban ibubapa dan dalam masa yang sama anak-anak gembira dan lebih bersemanga­t untuk memulakan persekolah­an. TAN SRI MUSA HAJI AMAN

ke menara gading.

Berikutan itu, beliau berkata sebuah hab pendidikan telah diwujudkan di Jalan Sungai Batang, Batu 10 di sini yang menempatka­n beberapa institusi pengajian seperti UMS, Politeknik dan MRSM.

“Ia dibina bagi memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan dalam masa sama meringanka­n beban ibu bapa kerana tidak perlu menghantar anak-anak ke tempat yang jauh,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau yang juga Pengerusi KPD Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, bermula 2013, KPD telah melaksanak­an inisiatif pemberian bantuan kepada golongan fakir miskin, balu dan orang kelainan upaya pada setiap bulan Ramadan selain bantuan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah pada setiap awal tahun.

Katanya, inisiatif itu adalah selaras dengan saranan Musa yang meminta syarikat dan agensi kerajaan memperuntu­k sebahagian keuntungan (lebihan kewangan) untuk tujuan kesejahter­aan rakyat di bawah program CSR.

“Padaawalpr­ogramCSRin­i, hanya melibatkan 500 pelajar dan terus meningkat kepada 800 orang pada 2014 hingga 2016. Dari segi pemberian untuk fakir miskin, KPD telah memberi bantuan kepada 1,000 orang.

“Kita bersyukur kerana keuntungan yang meningkat dari syarikat bersekutu pada tahun ini bukan sahaja membolehka­n KPD meningkatk­an bilangan penerima kepada 1,800 orang, malah skop pemberian diperluask­ankekawasa­nDUN Sungai Sibuga,” katanya.

 ??  ?? menyampaik­an sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada murid sekolah rendah.
menyampaik­an sumbangan beg sekolah dan alat tulis kepada murid sekolah rendah.
 ??  ?? MUSA bersama Saddi dan sebahagian pelajar yang menerima bantuan awal persekolah­an sumbangan KPD.
MUSA bersama Saddi dan sebahagian pelajar yang menerima bantuan awal persekolah­an sumbangan KPD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia