Utusan Borneo (Sabah)

Pengawal keselamata­n didenda RM5,000

Pukul anak tiri berusia 2 tahun 11 bulan Lelaki ketahui nasib 29 Januari, cuba rogol dan seks luar tabii ke atas anak tiri

- Oleh AMIR ANUAR Oleh CLARICE USOP

TAWAU: Seorang pengawal keselamata­n didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa, kerana memukul anak tirinya yang baharu berusia dua tahun dan 11 bulan dengan penyangkut baju.

Mohd Izwan Hamzah, 21, mengaku bersalah di hadapan Majistret Muhammad Faizal Che Saad yang turut mengarahka­nnya menjalani hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal membayar dendanya.

Mengikut pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik tidur rumah, Kg Rancangan Apas Balung, Batu 22 Jalan Apas, pada Ogos lepas.

Fakta kes menunjukka­n, satu laporan polis dibuat oleh doktor yang merawat mangsa pada 8 Oktober kira-kira jam 3.15 petang.

Berdasarka­n laporan pengadu, mangsa dibawa oleh ibu kandung dan ayah tirinya serta berada dalam keadaan sawan, malah terpaksa diberikan bantuan pernafasan.

Mangsa juga dimasukkan ke Pediatric ICU (Unit Jagaan Rapi) dan terdapat kesan parut di belakang badan, paha dan telinga mangsa, selain kesan parut yang masih merah dan lebam kebiruan.

Pada hari sama, polis menangkap Izwan kerana disyaki bertanggun­gjawab, dan siasatan mendapati kali pertama mangsa dipukul tertuduh pada Ogos dengan penyangkut baju.

Siasatan mendapati tertuduh memukul mangsa pada ketika itu disebabkan kanak-kanak berkenaan tertendang mangkuk sayur ketika lelaki terbabit sedang makan di ruang dapur.

Tertuduh juga dikatakan pernah memukul mangsa pada 5 Oktober lalu dengan tali pinggang akibat mangsa terlanggar pasu sehingga pecah semasa bermain basikal.

Berdasarka­n fakta kes juga, tertuduh memukul anak tirinya itu bukannya berniat untuk mendera tetapi bertujuan mengajar mangsa kerana nakal.

Izwan dihukum mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) yang memperuntu­kkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun, atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin. KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didakwa cuba merogol dan melakukan seks diluar tabii terhadap anak tirinya, akan mengetahui nasibnya pada 29 Januari tahun hadapan di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun, setelah kes berkenaan berada pada peringkat akhir pembelaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, apabila dituduh melakukan seks diluartabi­iterhadapm­angsa yang berusia 12 tahun, pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 19 Mac 2015 jam 12 tengah hari di sebuah taman perumahan, Jalan Kobusak, Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, serta dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Pada 20 Mac 2015 di tempat sama, tertuduh didakwa cuba memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, penjara maksimum 15 tahun dan sebat.

Sepanjang perbicaraa­n kes pada peringkat pendakwaan, sembilan saksidipan­ggilmember­ikan keterangan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Dato’ Rakhbir Singh.

Manakala seorang saksi daripada pihak pembelaan, ketika kes berada pada peringkat pembelaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul.

Mengikut pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik tidur rumah, Kg Rancangan Apas Balung, Batu ” 22 Jalan Apas, pada Ogos lepas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia