Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur miliki barang curi dipenjara 14 hari

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dikenakanh­ukumanpenj­ara 14 hari, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas kesalahan memiliki enam gulung wayar disyaki barang curi.

Majistret Herlina Muse menjatuhka­n hukuman itu terhadap Azmin Ruhito, 22, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Tertuduh memiliki gulungan wayar pelbagai jenis itu tanpa memberikan penjelasan yang munasabah, pada 12 Disember jam 1.15 petang, di hadapan Hospital Gleanegles di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 22 A (1) Ordinan Kesalahan Kecil Bab 80 Undang-Undang Negeri Sabah, denda maksimum RM100 atau penjara selama 14 hari, atau dengan keduaduany­a.

Mengikut fakta kes, satu laporan polis dibuat pengadu berkenaan laporan tangkapan mengenai curi kabel di kawasan parit di antara Sutera Habour dan pusat membeli-belah Imago.

Siasatan awal mendapati, orang awam melihat seorang lelaki sedang mencuri kabel di kawasan terbabit.

Pengadu dan rakannya pergi ke tempat kejadian dan menahan tertuduh yang sedang berjalan kaki di hadapan Hospital Gleanegles, dengan membawa plastik mengandung­i enam gulung kabel.

Semasa rayuan, Azmin yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Bagaimanap­un Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia