Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Indonesia didenda RM13,000 miliki IC, pasport individu lain

-

KUALA LUMPUR: Akibat memiliki kad pengenalan dan pasport milik sembilan individu lain, seorang lelaki warga Indonesia didenda RM13,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini Selasa.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhka­n hukuman itu ke atas Maulana Irfan, 33, seorang pekerja pendawaian elektrik selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM3,000 atau penjara sembilan bulan bagi pertuduhan memiliki kad pengenalan dan denda maksimum RM10,000 atau penjara 24 bulan kerana memiliki pasport.

Maulana Irfan didakwa memiliki dua kad pengenalan milik orang lain tanpa kuasa yang sah di sebuah rumah, di Lorong Tasek Permai 8, Kampung Tasek Permai di sini pada 10.45 malam, 4 Okt mengikut Seksyen 25(1)(o) Akta Pendaftara­n Negara 1959 (Akta 78) & Peraturan-Peraturan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau keduaduany­a.

Dia juga dituduh memiliki tujuh pasport milik individu lain tanpa kuasa yang sah di tempat, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) akta serupa yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes sepasukan polis telah melakukan serbuan di rumah yang didiami tertuduh dan hasil pemeriksaa­n menemukan kad pengenalan dan pasport berkenaan.

Terdahulu ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Kelvinder Singh Sidhu memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan dengan alasan tertuduh yang telah berkahwin perlu menyara isteri dan dua anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira tertuduh merupakan warga asing telah datang ke negara ini dan membuat dua kesalahan jenayah.

“Pohon juga ambil kira jumlah kad pengenalan dan pasport, (pihak pendakwaan) bimbang dalam jumlah yang banyak ia boleh disalah guna,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia