Utusan Borneo (Sabah)

Tumbuk muka orang awam, penganggur kena enam bulan

-

PETALING JAYA: Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang lelaki yang sedang minum di sebuah restoran, dua bulan lepas.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu ke atas C. Krishnan, 33, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah dengan sengaja menumbuk muka Mohamad Zamri Mohamad Ali, 38, di sebuah restoran di Jalan PJS 8/9 di sini pada 4.15 pagi, 30 Okt lepas.

Lelakiitud­idakwameng­ikut Seksyen323­KanunKesek­saan yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintah­kan Krishnan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Nov lepas.

Terdahulu, tertuduh yang tidakdiwak­ilipeguam,merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluargany­a.

“Pada hari kejadian, saya berada dalam keadaan mabuk dantidakse­darakanper­buatan saya. Saya memohon maaf atas perbuatan yang saya lakukan,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira soal keselamata­n orang awam kerana pada hari kejadian, tertuduh yang mabuk bertindak memukul orang awam yang sedang menjamu selera.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang minum di sebuah restoran didatangi oleh seorang lelaki mabuk yang memarahi serta merampas telefon bimbitnya tanpa kebenaran dan secara tibatiba menumbuk mukanya sehingga cedera.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia