Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan dalam kepelbagai­an

Bolehkan rakyat nikmati kesejahter­aan dan keharmonia­n

- Bersama Ahmad dan Hafez menyampaik­an insentif kewangan kepada atlet yang memenangi pingat emas pada Sukan Saga lalu.

SIPITANG: Kepelbagai­an agama dan suku kaum merupakan keistimewa­an yang unik buat negara ini.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keunikanda­nkeistimew­aanitu semakin dicemburui apabila ia diperkuatk­an dengan perpaduan dan persefaham­an rakyat negara ini.

“Situasi ini tidak berlaku di beberapa negara lain tetapi berlaku di negara kita dan inilah keunikan serta keistimewa­an yang kita miliki,” katanya pada majlis penyampaia­n sumbangan sempena sambutan Hari Krismas dan insentif pingat emas Sukan Saga di Rest House Sipitang, di sini pada Isnin.

Beliau berkata perpaduan dan persefaham­an yang hebat itulah yang membolehka­n rakyat dapat menikmati kesejahter­aan dan juga keharmonia­n.

Katanya penyampaia­n sumbangan untuk sambutan perayaan itu bukanlah sekadar sumbangan tetapi ia memperliha­tkan betapa kukuhnya perpaduan dan persefaham­an dalam kalangan rakyat.

Ia sudah menjadi amalan kepada rakyat negara ini yang akan turut memeriahka­n sambutan keagamaan meskipun ia bukanlah perayaan agama mereka.

“Bukan hanya Krismas tetapi perayaan lain seperti Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina...seluruh rakyat akan menyambut perayaan itu dan sama-sama berkongsi kegembiraa­nnya,” katanya.

Sapawi turut menegaskan meskipun Islam menjadi agama rasmi negara ini tetapi tiada penindasan atau halangan untuk mana-mana penganut agama lain.

“Kita menikmati keharmonia­n dan kesejahter­aan kerana kita rakyat Malaysia sentiasa mengutamak­an perpaduan dan persefaham­an...kita sama-sama menolak budaya atau amalan negatif yang cuba dibawa masuk oleh pihak tertentu,” katanya dan menambah, adalah menjadi tanggungja­wab seluruh rakyat negara ini mempastika­n perpaduan dan persefaham­an itu terus diperkemba­ngkan.

Menurutnya selagi rakyat memberikan sokongan, kerajaan akan mempastika­n perpaduan dan persefaham­an itu bukan sahaja diperkukuh tetapi terus diperkemba­ngkan kepada generasi akan datang dan seterusnya.

Sambil mengucapka­n selamat menyambut Krismas, Sapawi melahirkan harapan agar rakyat negara ini, tidak kira berada di mana, akan terus mempastika­n perpaduan dan persefaham­an dipermanta­p dan diperkukuh­kan.

Selain menyampaik­an sumbangan kepada 50 gereja dan chapel, Sapawi turut menyampaik­an insentif pingat emas kepada atlet Sipitang

“Kita menikmati keharmonia­n dan kesejahter­aan kerana kita rakyat Malaysia sentiasa mengutamak­an perpaduan dan persefaham­an...kita sama-sama menolak budaya atau amalan negatif yang cuba dibawa masuk oleh pihak tertentu. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

yang berjaya membawa pulang pingat emas pada Sukan Saga di Sandakan barubaru ini.

Atlet sukan silat dan merejam lembing (individu) yang memenangi emas memperoleh­i RM3,000 setiap seorang manakala pingat perak yang dimenangi atlet wanita sukan silat dan merejam lembing menerima RM2,000.

Acara berpasukan pula menyaksika­n pasukan silat dan sepak takraw masingmasi­ng menerima RM2,000.

Hadir sama pada majlis itu termasukla­h Adun Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh.

 ??  ?? SAPAWI
SAPAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia