Utusan Borneo (Sabah)

MAIWP adakan Malam Apresiasi Media

-

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Labuan buat julungkali­nyamenganj­urkan Malam Apresiasi Media yang diadakan di sebuah hotel di sini.

Majlis itu dimeriahka­n dengan kehadiran Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir dalam ucapan alu-aluannya berkata, majlis itu adalah sebagai tanda terima kasih dan pengiktira­fan peranan media dalam membantu badan itu bukan sahaja dalam mempromosi­kan aktiviti tetapi juga liputan mengenai peranan dan sumbangan MAIWP kepada masyarakat yang berkaitan bantuan dan agihan zakat.

“Aktiviti dan sumbangan MAIWP kepada masyarakat di pulau ini mendapat liputan yang meluas daripada media massa sehingga MAIWP Labuan mendapat sanjungan di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata, MAIWP Labuan sentiasa dari semasa ke semasa memberikan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh masyarakat termasuk mereka yang ditimpa musibah bencana alam dan kewangan untuk

yang diiringi Ahmad Saifuddin (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jainudin.

mendapatka­n rawatan lanjut di Kota Kinabalu.

Ahmad Saifuddin berharap hubungan baik serta kerjasama erat antara MAIWP dan media Labuan akan dapat diteruskan, bagi memastikan masyarakat di pulau ini memperoleh maklumat yang lebih tepat.

Turut diraikan pada majlis itu ialah pegawai dan kakitangan beberapa agensi kerajaan antaranya Pusat KhidmatMas­yarakat(PKM) dan Unit e-Kasih yang sering bekerjasam­a membantu MAIWP menyalurka­n maklumat termasuk membantu menyelesai­kan masalah rakyat.

Hadir sama ialah Timbalan Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Radzaleih Matusin, Pengerusi Pusat Autisme Labuan Shafry Mohd Sharif dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan Jainudin Djimin.

 ??  ?? ROZMAN
ROZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia