Utusan Borneo (Sabah)

Kesederhan­aan kunci kekuatan negara

- Oleh SHAMRY M SANI bergambar bersama jawatankua­sa penganjur program berkenaan.

TAWAU: Masyarakat diingatkan untuk terus mengekalka­n perpaduan dan mengamalka­n konsep wasatiyyah yang bermaksud sederhana kerana itu merupakan kunci kekuatan negara.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perpaduan ummah bukan sahaja sebagai benteng kekuatan umat Islam di negara ini, tetapi bagi memelihara kesatuan dengan suku kaum lain yang terdapat di negeri ini.

Sehubungan­itu,umatIslam perlu memperbaha­rui tekad menjadi umat yang berjaya dan menghindar­i daripada melakukan perkara keji kerana perbuatan itu boleh merosakkan hubungan baik

NIZAM

yang dinikmati sekarang.

“Kemelut ummah boleh diatasi sekiranya dibuat atas nama akidah Islam dan sentiasa bersabar dengan segala dugaan, sekali gus mengukuhka­n lagi perpaduan baik yang telah dibina,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Maulidur Rasul Kg Kinabutan Bukit.

Sementara itu, beliau berharap masyarakat di Tawau mencontohi usaha yang dilakukan oleh penduduk Kg Kinabutan Bukit dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul.

Katanya, sambutan seumpama ini akan menyemarak­kan lagi semangat kita untuk sentiasa mengingati junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tambah beliau, sambutan itu amat signifikan kerana selain menambahka­n lagi kecintaan kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW program berkenaan secara langsung dapat mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan umat Islam, khasnya di kawasan perkampung­an itu.

 ??  ??
 ??  ?? NIZAM menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah sempena sambutan itu.
NIZAM menyampaik­an cenderahat­i kepada penceramah sempena sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia