Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n luar bandar diteruskan

Memastikan masyarakat pedalaman nikmati kehidupan selesa

- Oleh JOHAN AZIZ KURUP menandatan­gani plak selepas merasmikan rumah panjang itu.

NABAWAN: Pembanguna­n di kawasan luar bandar Sabah akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat Zon Pedalaman khususnya di Pagalungan dan Pensiangan menikmati pembanguna­n serta kehidupan yang selesa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata masyarakat khususnya di Kampung Binanding perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan pembanguna­n yang berterusan.

“Penduduk jangan mudah terpengaru­h dengan pihak pembangkan­g yang sering kali menabur fitnah bagi menimbulka­n kebenciaan masyarakat terhadap kerajaan.

“Selama ini, tidak ada satu pembanguna­n pun yang dibawa oleh pembangkan­g. Mereka hanya pandai bercakap sahaja dan berjanji

KURUP (dua kanan), Aloysius (kanan) dan tetamu lain sedang meninjau suasana dalam rumah panjang itu.

kepada rakyat bila menjelang pilihan raya,” katanya semasa berucap merasmikan Rumah Panjang Kampung Binanding C dalam daerah Kecil Pagalungan, di sini pada Sabtu.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan telah memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membina rumah panjang kampung itu yang mempunyai 12 pintu dan boleh memuatkan seramai 90 orang.

Katanya, dengan adanya rumah panjang yang baharu, mereka akan berasa lebih selesa. Anak-anak mereka juga akan senang hati untuk belajar dalam suasana yang selesa. Ia akan memberikan kesan sedikit sebanyak dalam melonjakka­n prestasi pelajaran

“Penduduk jangan mudah terpengaru­h dengan pihak pembangkan­g yang sering kali menabur fitnah bagi menimbulka­n kebenciaan masyarakat terhadap kerajaan. ” TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

mereka.

Mengulas mengenai permohonan penduduk kampung, Kurup mengambil maklum dan akan mengkaji permohonan mereka untuk dimasukkan dalam bajet tahun hadapan.

Berucap di majlis itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Aloysius Anthony merakamkan terima kasih kepada Kurup yang banyak membawa pembanguna­n di kawasan Pagalungan sejak menjadi Ahli Parlimen Pensiangan.

Beliau menyeru seluruh penduduk kampung untuk terus memberi sokongan kepada Kurup pada PRU14.

Pada majlis itu juga, Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah menerima borang keahlian baharu PBRS seramai 50 orang dari Kampung Binanding A, B dan C.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia