Utusan Borneo (Sabah)

Shafie secara terang-terangan menipu: Ramlee

-

KOTAK INA BALU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal secara terang-terangan menipu rakyat berhubung hasil dan perbelanja­an negeri Sabah.

Shafie dikatakan menyamakan hasil yang diperoleh kerajaan negeri Sabah pada 1978 dengan Bajet 2018 berjumlah RM4.1 bilion yang dibentangk­an Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman pada Oktober lepas.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Mara haba n berkata, kenyataan Shafie itu menggambar­kan hasil kerajaan negeri tidak ada perubahan selama 40 tahun.

Menurutnya, tindakan Shafie mengeluark­an kenyataan sedemikian secara jelas berniat jahat untuk mengeliruk­an rakyat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n dengan arkib Kementeria­n Kewangan Negeri Sabah menunjukka­n hasil Sabah pada 1978 berjumlah RM479,027,790.

Selain itu katanya, geran, peruntukan dan bayaran balik kerajaan Persekutua­n adalah sebanyak RM45,790,248.

Sehubungan itu jelasnya, jumlah keseluruha­n hasil yang diperoleh negeri Sabah pada tahun berkenaan adalah sebanyak RM524,818,038.

“Saya ada rekod sejarah untuk membuktika­n perkara ini. Justeru, dari mana Shafie dan bekas Ketua Akauntan Negeri Ibrahim Menudin mendapat jumlah hasil RM4 bilion bagi 1978?” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Shaf i e sebelum ini mendedahka­n bajet kerajaan negeri yang diumumkan barubaru ini sebagai ‘tiada yang hebat’ dan rakyat sepatutnya tidak perlu berbangga dengan bajet berkenaan.

Ramlee berkata, dakwaan Shafie itu juga pelik kerana merujuk kepada hasil kerajaan Persekutua­n pada 1981, jumlah yang diperoleh hanya RM6 bilion lebih.

“Kalaupun beliau (Shafie) mahu berbohong, sekurang kurangnya bohonglah dengan bijak.

“Kita ada rekod sejarah di arkib yang tidak boleh dipertikai­kan. Tindakan beliau ini sama ada kerana tidak buat kerja ataupun sengaja cuba untuk memperdaya rakyat khususnya di kawasan pedalaman yang beliau fikir senang ditipu,” jelasnya.

Ramlee yang juga wakil rakyat Bugaya berkata, pentadbira­n kerajaan negeri sekarang mampu untuk memperbaik­i keadaan ekonomi Sabah lebih dari 10 ganda berbanding 40 tahun lepas sejak pemerintah­an kerajaan Berjaya.

Menurutnya, Kementeria­n Kewangan di bawah pentadbira­n Musa berjaya merekodkan prestasi yang cemerlang.

“Hasil bajet turut meningkat dari RM1.24 bilion pada 2001 kepada RM1.56 bilion pada 2003 dan terus meningkat kepada RM2.33 bilion pada 2008,” katanya.

 ??  ?? RAMLEE
RAMLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia