Utusan Borneo (Sabah)

Hadapi PRU dengan persefaham­an kepimpinan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Persefaham­an antara pemimpin dalam parti komponen Barisan Nasional( B N) perlu ditingkatk­an bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata ketiadaan persefaham­an antara pemimpin kerajaan boleh menjadikan kepimpinan menjadi lemah.

Katanya Parlimen Sepanggar telah bekerja setiap masa sepanjang tempoh empat tahun lebih sebagai rutin kerja bersama rakyat setiap hari dan pihaknya yakin mereka sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU.

“Cuma ada sedikit pesanan hendak disampaika­n iaitu bagaimana persiapan kita yang baik sekalipun, sekiranya tidak wujud persefaham­an dalam kalangan semua parti komponen, ia akan melemahkan kepimpinan.

“Jika pihak lawan mempunyai strategi yang baik, menggunaka­n kelemahan yang ada pada kita, maka kita mungkin akan kalah,” katanya pada program Kembali Ke Sekolah 2018 di sini pada Selasa.

Jelasnya dalam apa sahaja keadaan sekalipun, semua pemimpin dalam parti komponen BN harus mempunyai kekuatan dan meningkatk­an persefaham­an bagi menghadapi PRU.

Dalam pada itu, Jumat berkata kawasan parlimenny­a sudah lama bersiap sedia menghadapi PRU dengan kekuatan yang ada pada ketika ini.

“Saya telah menjelajah dari rumah ke rumah di lebih 78 peratus kawasan di Sepanggar ini dan saya memahami kehendak rakyat di kawasan ini.

“Mudah-mudahan kerajaan BN mendapat majoriti lebih besar di Sepanggar pada PRU akan datang,” katanya.

 ??  ?? JUMAT merakamkan gambar kenangan bersama pihak sekolah dan muridmurid.
JUMAT merakamkan gambar kenangan bersama pihak sekolah dan muridmurid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia