Utusan Borneo (Sabah)

TVET perkasakan rakyat, majukan negara

Siapkan belia bagi pasaran buruh bersesuaia­n Revolusi Industri 4.0

-

KUALA LUMPUR: Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu memperkasa­kan rakyat dan membawa Malaysia maju ke hadapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara sama sebelum ini, Salleh berkata TVET akan menyediaka­n modal insan berkemahir­an tinggi dan menyiapkan belia bagi pasaran buruh sesuai dengan Revolusi Industri 4.0.

“Bagi menjayakan projek berimpak tinggi seperti MRT, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kita amat memerlukan pekerja mahir tempatan.

“Perdana menteri sendiri menyatakan transforma­si ini penting untuk menyediaka­n kira-kira 1.5 juta peluang pekerjaan yang memerlukan kelayakan TVET bagi memenuhi keperluan industri negara,” kata menteri itu dalam catatan blognya.

Salleh menarik perhatian bahawa dalam pembentang­an Bajet 2018, Najib telah mengumumka­n peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksana dan memperkasa TVET.

“Pandanganp­erdanament­eri (mengenai kepentinga­n TVET) ini betul dan tepat. Di negara maju, mereka mempunyai bilangan pelajar aliran vokasional dan teknikal yang tinggi.

“Jerman misalnya mempunyai 81 peratus tenaga kerja mahir dan daripada jumlah itu, 63 peratus adalah lulusan daripada sistem kolej vokasional dan hanya 18 peratus lulusan universiti,” kata Salleh.

Ini, katanya, membolehka­n Jerman muncul sebagai negara kaya dan maju kerana sistem TVET ini menjadikan pekerjanya berkemahir­an tinggi.

Salleh seterusnya berkata bagi memperkasa­kan rakyat supaya mempunyai pendapatan tinggi, kerajaan telah menggarisk­an lima lonjakan transforma­si TVET merangkumi:

- Pertama, melatih dan meningkatk­an tenaga mahir tempatan supaya berdaya saing hingga ke peringkat global.

- Kedua, memperkuku­hkan lagi kerjasama strategik antara TVET awam serta pihak industri.

- Ketiga, melahirkan ramai lulusan dalam bidang TVET.

- Keempat, melaksanak­an geran padanan yang kerajaan memperuntu­kkan RM4.9 bilion dalam Bajet 2018 bagi tujuan ini.

- Kelima, menjenamak­an semula institusi TVET menjadi ‘TVET Malaysia’ untuk menarik rakyat menerima TVET sebagai pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan yang lumayan.- Bernama

“Perdana menteri sendiri menyatakan transforma­si ini penting untuk menyediaka­n kira-kira 1.5 juta peluang pekerjaan yang memerlukan kelayakan TVET bagi memenuhi keperluan industri negara, ” DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia