Utusan Borneo (Sabah)

Perspektif Malaysia diketengah­kan pada Forum Tadbir Urus Internet Geneva

-

KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia menerusi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam memperkasa wanita menerusi program seperti Menghubung Menyatu (CTU), bagi menyerlahk­an potensi wanita di luar bandar telah diketengah­kan pada Forum Tadbir Urus Internet (IGF) ke-12 di Geneva, Switzerlan­d.

Ketua Setiausaha KKMM TanSriDrSh­arifahZara­hSyed Ahmad telah menggarisk­an beberapa inisiatif ketika turut serta dalam sesi bertajuk ’Penyertaan Digital Untuk Wanita : Meningkatk­an Usaha Kita’ yang diadakan bersempena forum bertema ‘Bentuk Masa Depan Digital Anda!’ dari 18 hingga 21 Dis ini.

“Beliau turut menyentuh tentang inisiatif yang telah dilaksanak­an kerajaan Malaysia bagi memastikan golongan wanita tidak dipinggirk­an dalam proses digitalisa­si menerusi strategi ‘insaniah dan pendigital­an’,” kataKKMMda­lamkenyata­an, pada Selasa.

Selain itu, beliau turut menonjolka­n strategi Lautan Biru Kebangsaan dan Kerjasama Awam-Swasta dalam usaha memastikan penyertaan wanita dalam proses pendigital­an dengan setiap strategi itu bertujuan untuk melengkapi – bukan bersaing – antara satu sama lain.

Di luar forum itu, Sharifah Zarah turut mengunjung­i Wakil Tetap Malaysia di Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva Datuk Amran Mohamed Zin.

Beliau turut melakukan lawatankeP­ersekutuan­Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabang­sa (IFRC) untuk mendapatka­n lebih maklumat tentang peranan dan fungsi IFRC.

IGF merupakan platform tahunan pelbagai pihak berkepenti­ngan peringkat global bagi membincang­kan isu dasar awam berkaitan internet.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia