Utusan Borneo (Sabah)

487 kes pencatutan sehingga 15 Dis lepas: KPDNKK

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 487 kes pencatutan direkod Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk disiasat bagi tempoh 15 Jan 2015 hingga 15 Dis lepas (2017).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong berkata dalam tempoh sama, sejumlah 5,135 notis turut dikeluarka­n terhadap peniaga di bawah Seksyen 21 Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Pindaan) 2017.

Katanya langkah penguatkua­saan itu diambil bagi membendung aktiviti peniaga yang mengambil keuntungan tidak munasabah dengan menggunaka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebagai alasan untuk menaikkan harga barang.

“Sehingga kini, 51 kes telah didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah serta dijatuhkan hukuman dengan denda keseluruha­n berjumlah RM904,000 manakala 83 kes dikompaun dengan jumlah keseluruha­n RM391,000. “Kementeria­n memandang serius dan terus meningkatk­an pemantauan dan penguatkua­saan ke atas peniaga dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya mereka melakukan kesalahan mencatut di bawah undangunda­ng yang sedang dikuat kuasa,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang meminta Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an menyatakan apakah kesan dan tindakan yang diambil terhadap peniaga yang menggunaka­n GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang sehingga menyebabka­n kos sara hidup tinggi.

Henry berkata kementeria­n melanjutka­n penguatkua­saan pencatutan melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah Bagi Barangan) 2016 yang berkuat kuasa pada 1 Jan lalu demi memastikan kepentinga­n dan hak pengguna dilindungi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia