Utusan Borneo (Sabah)

AKSEM Kelantan rampas mercun bernilai RM180,000

-

KOTA BHARU:Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan merampas 5,000 kilogram mercun dan bunga api dianggarka­n bernilai RM180,000 dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Jeram Pasu, Pasir Puteh Isnin malam.

Komander AKSEM negeri Mohd Asri Yahya berkata dalam serbuan pada kirakira 7.30 malam itu hasil maklumat awam, pasukan AKSEM menemukan sebuah lori tanpa pemandu dan di dalamnya terdapat 180 kotak berisi mercun dan bunga api dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Kita percaya kesemua mercun dan bunga api itu adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang bersempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun hadapan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata siasatan mendapati bunga api dan mercun itu diseludup masuk ke negara ini ketika musim banjir baru-baru ini.

“Kami turut merampas lori itu yang dianggarka­n bernilai RM60,000,” katanya.

Mohd Asri berkata mercun adalah barangan larangan impot di bawah Butiran 46, Bahagian 1, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dan memerlukan lesen import di bawah Akta Bahan Letupan 1957 daripada Polis Diraja Malaysia.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu di Alor Setar, sebanyak 37 kotak mercun bernilai RM10,000 ditemukan disembunyi­kan di sebuah pondok rehat di kawasan Black Forest Golf Club, Bukit Kayu Hitam.

Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam ASP Mohd Khairi Abdullah berkata mercun itu ditemukan pada kira-kira 7.30 malam selepas menerima maklumat daripada pekerja kelab golf itu.

Mercun itu dipercayai disembunyi­kan di pondok rehat itu sebelum dipindahka­n untuk dipasarkan bagi perayaan Tahun Baharu Cina Februari depan, katanya. - Bernama

 ??  ?? MOHD Asri (kiri) bersama anggotanya menunjukka­n pelbagai jenis mercun dan bunga api yang berjaya dirampas di pejabat AKSEM, pada Selasa. -Gambar Bernama
MOHD Asri (kiri) bersama anggotanya menunjukka­n pelbagai jenis mercun dan bunga api yang berjaya dirampas di pejabat AKSEM, pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia