Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kes kemalangan jalan raya di Sarawak menurun

-

KUCHING: Jumlah kemalangan jalan raya secara keseluruha­n bagi tempoh Januari hingga November 2017 menunjukka­n penurunan sebanyak 134 kes atau 0.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Mendedahka­n perkara itu, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam tempoh 11 bulan tahun ini, sebanyak 18,180 kes direkodkan berbanding 18,315 tahun 2016.

Mengulas lanjut, katanya, kadar kemalangan maut juga menunjukka­n penurunan daripada 353 kes (2016) kepada 345 kes pada tahun ini.

Bagaimanap­un, Dzuraidi menjelaska­n kemalangan parah meningkat kepada 202 kes berbanding 158 kes yang dicatatkan pada 2016.

Beliau yang ditemui selepas melancarka­n Ops Selamat Sempena Perayaan Krismas 2017 di Jalan Batu Kawa pada Isnin berkata, pihak polis akan terus menjalinka­n kerjasama dengan agensi berkaitan dalam usaha meminimumk­an kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

“Khususnya ketika musim perayaan, serta membabitka­n beberapa lokasi yang dianggap sebagai kawasan kerap kemalangan,” katanya.

Menyentuh mengenai Ops Selamat aspek keselamata­n jalan raya, Dzuraidi berkata sebanyak 671 kes kemalangan direkodkan sepanjang tempoh 18 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017.

Jumlah itu, katanya, menurun berbanding tahun sebelumnya, iaitu 690 kes namun merekodkan jumlah kematian yang sama iaitu 15 orang.

Terdahulu, Dzuraidi dalam ucapannya berkata Ops Selamat akan dijalankan selama 15 hari melibatkan lebih 700 pegawai dan anggota.

“Mereka (polis) akan terlibat dalam menentukan keselamata­n pengguna jalan raya dan memastikan rumah-rumah yang ditinggalk­an berada dalam keadaan baik dan selamat di seluruh Sarawak,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahka­n polis akan menumpukan perhatian di kawasan kerap berlaku kemalangan dan kawasan panas jenayah pecah rumah sepanjang tempoh Ops Selamat.

Selain aspek keselamata­n jalan raya, katanya, operasi juga akan memberi fokus kepada Kempen Rumah Selamat yang ditinggalk­an penghuni sepanjang musim perayaan.

Malah, Ops Selamat akan melibatkan kerjasama polis dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Jabatan Laut Sarawak untuk memberi tumpuan kepada keselamata­n orang ramai yang menggunaka­n jalan laut dan sungai di seluruh negeri.

“Dengan itu, pihak polis dan agensi berkaitan akan memberi tumpuan kepada pengusaha botbot ekspres bagi memastikan keselamata­n penumpang yang menggunaka­n pengangkut­an air.

“Ia supaya matlamat kemalangan sifar di sungai dan laut akan dapat dicapai,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia