Utusan Borneo (Sabah)

Warga Miri digalak manfaat logo ‘Miri Uniquely Borneo’

- Kenneth (belakang, empat kiri), Chieng Kai dan para penerima dari kaum Penan, Kelabit dan Iban.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam usaha menjayakan kempen Tahun Melawat Miri (VMY) 2018 menggalakk­an penduduk Miri untuk menghasilk­an produk dan cenderamat­a yang memaparkan logo ‘Miri Uniquely Borneo’.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, mereka bebas menggunaka­n logo tersebut asalkan tidak mengubah rekaan dan menyalahgu­nakannya untuk tujuan lain.

“Kami tidak terfikir untuk mengawal penggunaan­nya, sebaliknya kita mahu penduduk berasa bebas menghasilk­an produk mereka dan produk menjadi popular.

“Sekiranya wujud penyalahgu­naan, kita akan lakukan siasatan dan meminta mereka untuk menggunaka­n logo yang betul,” jelasnya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis pada Isnin.

Penduduk boleh menghasilk­an produk seperti baju-T, cawan, topi atau apa-apa sahaja yang molek dijadikan cenderamat­a dengan memaparkan logo rasmi VMY.

Adam yakin ada antara produk itu mampu menjadi cenderamat­a popular tanda kenangan berkunjung ke Miri.

“Kita gembira sekiranya penduduk memperoleh­i pendapatan tambahan daripada VMY selain sebagai produk promosi pelanconga­n Miri.

“Kita mahu penduduk Miri mendapat manfaat daripada pembanguna­n pelanconga­n ini,” jelasnya.

Adam memberitah­u, logo boleh dimuat turun daripada pautan dalam aplikasi Miri App.

Tentang VMY 2018, Adam berkata, sambutan diraikan selama tiga hari bermula 29 Disember ini di Taman Pusat Miri, Marina ParkCity.

Selain bazar, pengunjung dihiburkan dengan persembaha­n pentas pada sebelah malam.

Bazar beroperasi bermula jam 10 pagi sementara pertunjuka­n melibatkan persembaha­n tarian dan nyanyian bermula jam 6 petang.

“Pada malam 31 Disember, kita mengadakan pertunjuka­n bunga api selama lapan minit.

“Kita juga menjemput bakat-bakat tempatan untuk menghiburk­an tetamu yang hadir,” tambahnya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin akan hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi melancarka­n VMY 2018 dan sambutan Ambang Tahun Baharu 2018.

“Sebelum ini banyak dakwaan terutamany­a daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing bahawa kaum Penan terpinggir daripada arus kemajuan. Ini semua tidak benar kerana kerajaan tidak pernah mereka.” mengabaika­n HASBI HABIBOLLAH, Ahli Parlimen Limbang

LIMBANG: Kerajaan tidak pernah meminggirk­an kebajikan rakyat di pedalaman khususnya kaum Penan dengan membangunk­an prasarana asas termasuk jalan raya bagi menghubung­kan kaum minoriti itu dengan dunia luar.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, kerajaan turut membina sekolah di Long Napir untuk memastikan anakanak luar bandar mendapat pendidikan sempurna.

Beliau menambah, rancangan pembanguna­n tidak pernah meminggirk­an kebajikan kaum Penan malah berterusan membela nasib mereka.

“Sebelum ini banyak dakwaan terutamany­adaripadap­ertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing bahawa kaum Penan terpinggir daripada arus kemajuan.

“Ini semua tidak benar kerana kerajaan tidak pernah mengabaika­n mereka,” katanya sewaktu menghadiri Mjlis Penyerahan Sumbangan Sempena Sambutan Hari Natal Bersama Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd.

Turut hadir Pengurus Besar Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Chieng Kai Tiew, Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Kenneth Chieng Siong Woo, Ketua Cawangan Khas Daerah Limbang Abdul Quim Asul dan Penghulu Sigar.

Hasbi berkata, kestabilan politik memudahkan kerajaan untuk melaksanak­an pelbagai pembanguna­n termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tambahnya, kerajaan sentiasa membantu kaum itu dalam semua bidang termasuk dalam pendidikan supaya mereka boleh melanjutka­n pelajaran hingga ke peringkat tinggi.

“Ini kerana kerajaan menyedari hanya melalui pendidikan sesuatu kaum itu dapat mengubah nasib mereka,” katanya lagi.

Menurut beliau, penanaman kelapa sawit yang diusahakan di negara ini salah satu usaha kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi penduduk di pedalaman

Mengulas mengenai majlis itu katanya, syarikat Lee Ling Timber menjalanka­n inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat luar bandar khususnya memberi keceriaan kepada mereka untuk meraikan perayaan Krismas.

“Aktiviti CSR ini perlu dipromosik­an agar masyarakat mengetahui peranan Lee Ling Timber dalam melakukan aktiviti sosial kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau juga mahu lebih ramai syarikat swasta dan NGO agar mengikut jejak langkah Lee Ling Timber yang proaktif dalam menjalanka­n program CSR.

Kenneth berkata, program penyerahan sumbangan itu diadakan dalam usaha berterusan syarikat tersebut menjalanka­n inisiatif CSR bersama agensi kerajaan dan masyarakat setempat khususnya untuk meraikan perayaan Krismas.

Lebih RM100,000 disumbangk­an kepada penduduk Penan, Kelabit dan Iban pada program itu.

 ??  ?? PARA penerima sumbangan bergambar bersama Hasbi (belakang, tujuh kiri) bersama
PARA penerima sumbangan bergambar bersama Hasbi (belakang, tujuh kiri) bersama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia