Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n Orang Ulu di Belanda memukau

-

MIRI: Kedutaan Malaysia di Belanda tertarik dengan keunikan persembaha­n kebudayaan Orang Ulu khususnya kaum Kayan dan Kenyah, sekali gus menyeru ia terus dipromosik­an di peringkat antarabang­sa.

Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Ahmad Nazri Yusof berkata, persembaha­n sape dan tarian panjang Hivan Joh (dalam bahasa Kayan) merupakan sesuatu yang amat baharu dan unik.

“Saya gembira berpeluang menyaksika­n kedua-dua persembaha­n ini kerana ia bukan sesuatu yang selalu kita dapat.

“Ramai penduduk Malaysia dan rakyat Belanda di sini begitu teruja dan seronok menyaksika­n keduadua persembaha­n itu yang bagi kami adalah baharu, membuka mata dan unik,” katanya semasa merasmikan persembaha­n kebudayaan Orang Ulu oleh delegasi Baram Sape Master (BSM) di Bangunan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di Rotterdam, Belanda baru-baru ini.

Ahmad Nazri turut memuji usaha dan kesungguha­n jawatankua­sa BSM yang diketuai Ketua Delegasi Temenggung Elizabeth Deng untuk mengetenga­h serta mempamerka­n keunikan budaya Orang Ulu di peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, pada sesi taklimat susulan persembaha­n itu, Ahmad Nazri berharap pada masa hadapan, jawatankua­sa dapat bekerjasam­a dan berhubung terus dengan kedutaan untuk mengadakan persembaha­n di sini.

Katanya, kedutaan di Belanda sedia bekerjasam­a dengan kedutaan besar Malaysia dari negara-negara Eropah yang lain untuk menjayakan program seumpama itu.

“Kita sentiasa menunggu peluang seperti ini, malah amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu membuat persembaha­n di sini memandangk­an kebudayaan salah satu bidang di bawah kedutaan,” kata Ahmad Nazri.

Beliau berterima kasih kepada rombongan BSM kerana memilih untuk mengadakan persembaha­n di Kedutaan Besar Malaysia di Belanda dan berharap ia dapat membuka mata para peserta mengenai budaya Malaysia.

Sementara itu, Temenggong Elizabeth berkata delegasi amat berbangga kerana dapat merealisas­ikan impian untuk membuat persembaha­n di luar negara, sekali gus mengetenga­hkan budaya Orang Ulu dari Baram.

Katanya, delegasi tersebut terdiri daripada pemain sape dan penari Orang Ulu yang terbaik.

“Kita amat berbangga kerana dapat mempamerka­n muzik sape dan tarian Hivan Joh yang asli di peringkat antarabang­sa khususnya di Belanda.

“Kita berterima kasih kepada kedutaan dan berharap dapat bekerjasam­a pada masa akan datang,” jelas beliau lanjut.

Elizabeth berkata, masyarakat Orang Ulu terkenal dengan kebudayaan namun masih ramai yang tidak tahu penggunaan pakaian dan muzik sape yang asli.

“Kita mahu mempamerka­n kebudayaan Orang Ulu yang asli di peringkat antarabang­sa sebelum orang lain yang tidak arif mengenai orang Ulu berbuat demikian.

“Kita mahu masyarakat antarabang­sa tahu identiti Orang Ulu yang sebenar,” tegasnya.

“Sebagai contoh, kami tidak mahu orang lain menjadikan pakaian tradisi Kayan Kenyah sebagai fesyen dan bukan yang asli.

“Justeru, persembaha­n ini amat penting untuk mendidik masyarakat dalam dan luar negara tentang identiti kita yang sebenar,” katanya.

Terdahulu, kakitangan dan keluarga Kedutaan Besar Malaysia ke Belanda, Matrade, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia, komuniti Malaysia yang tinggal berhampira­n The Hague serta komuniti tempatan Belanda menyaksika­n tarian Hivan Joh persembaha­n kumpulan penari Tingang Madang diketuai Connie Layun dengan iringan petikan sape.

 ??  ??
 ??  ?? DATUK Ahmad Nazri (berdiri enam kiri) dan isteri Datin Syarizan (lima kiri) bersama delegasi diketuai Elizabeth (tujuh kiri), Mujan (empat kiri) Jok (paling kanan) dan penari Tingang Madang, pemain sape BSM dan ahli jawatankua­sa BSM.
DATUK Ahmad Nazri (berdiri enam kiri) dan isteri Datin Syarizan (lima kiri) bersama delegasi diketuai Elizabeth (tujuh kiri), Mujan (empat kiri) Jok (paling kanan) dan penari Tingang Madang, pemain sape BSM dan ahli jawatankua­sa BSM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia