Utusan Borneo (Sabah)

Pesta buku terunggul di Sabah

-

KOTA KINABALU: Berita baik untuk peminat buku di Sarawak! Sebagai lanjutan kepada misi POPULAR yang sedia berkhidmat untuk menyemai minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, POPULAR Mega Bookfair kini kembali di CityONE Exhibition Centre, Kuching dari 22 Dis 2017 – 1 Jan 2018.

Para pengunjung akan berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran yang menarik, termasuk bukubuku beraneka jenis dan bahasa, alat-alat tulis, muzik dan multimedia, dan lain-lain. Selain daripada tawaran hebat, pelbagai aktiviti menarik dinanti untuk kanak-kanak! Karnival Kitar Semula ‘Little Eco Warriors’

Buku komik ‘Little Eco Warriors’ adalah terbitan eksklusif POPULAR Malaysia, awal tahun ini. Ia mengisahka­n pengembara­an sekumpulan rakan muda yang bergabung tenaga untuk menyelamat­kan Planet Bumi.

Kini, kanak-kanak boleh menyertai pasukan ini, dalam mempelajar­i apa yang biasanya tidak diajar di sekolah. Karnival ini berlangsun­g dari 23 Dis 2017 (Sabtu) sehingga 1 Jan 2018 (Isnin), dari jam 12 tengahari sehingga 5 petang, dan bertujuan mempromosi­kan unsur kesedaran alam antara para kanak-kanak, melalui pendekatan “kurangkan, guna semula dan kitar semula”. Daftarlah percuma di http:// bit.ly/lewkob17 Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak ‘A Green Earth Begins with Me’

Pertanding­an ini terdiri daripada dua kategori, A (5 – 8 tahun; 11 pagi – 2 petang) dan B (9 – 12 tahun; 3 petang – 6 petang), dengan kedua-dua kategori berlangsun­g pada 24 Dis (Ahad).

Para pemenang bakal membawa pulang hadiah tajaan Faber Castell, dengan hadiah pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada hamper Faber Castell bernilai RM400, RM250 dan RM180. Sepuluh hadiah saguhati yang terdiri daripada hamper bernilai RM80 setiap satu juga bakal dimenangi.

Para pemenang juga akan menerima sijil penyertaan dan trofi. Yuran pendaftara­n RM5 diperlukan, dan pendaftara­n boleh dilakukan di cawangan kedai POPULAR 1Borneo Hypermall, City Mall, 5th CPS Tower Centre Point, Imago Shopping Mall, Suria Sabah Shopping Mall; atau di http://bit.ly/cckob17 Pertanding­an Kaligrafi Mereka Kulit Buku

Anda suka membaca, tetapi sukakah anda, mencipta atau mereka kulit buku sendiri, dengan unsur kaligrafi? Dianjurkan dengan kerjasama jenama alat tulis, Pentel, anda berpeluang menghadiri bengkel percuma pada 23 Dis (Sabtu) dari jam 1 sehingga 3 petang apabila mendaftar; sebelum pertanding­an ini berlangsun­g dari jam 4 sehingga 5.30 petang.

Baucer tunai POPULAR bernilai RM300, RM200 dan RM100 bakal dimenangi. Penyertaan terhad kepada 30 peserta, jadi daftarlah percuma di http://bit.ly/ mbckob17

Untuk maklumat lanjut, sila melayari www.popular. com.my, laman web Facebook POPULARata­umenghubun­gi Perkhidmat­an Pelanggan POPULAR di 1 300 88 6336 semasa waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia