Utusan Borneo (Sabah)

Isu lesen Dialog Axiata di Sri Lanka dijangka selesai

-

COLOMBO: Dialog Axiata Plc, anak syarikat Axiata Group Bhd dari Malaysia yang beroperasi sebagai sebuah syarikat telekomuni­kasi terbesar di Sri Lanka, kini mempunyai peluang cerah untuk membuat pelaburan tambahan berjumlah kirakira AS$300 juta di negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini berikutan isu penangguha­n pembaharua­n lesen oleh kerajaan Sri Lanka sejak 2015, dijangka dapat diselesaik­an secara rundingan antara kerajaan dengan kerajaan.

Beliau berkata, masalah pelesenan Dialog Axiata telah dibangkitk­an dalam perbincang­an dengan Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena kelmarin dan ketua negara itu telah meminta sebuah jawatankua­sa khas dibentuk yang diwakili oleh wakil dari kedua-dua negara sebagai mekanisme untuk menyelesai­kan masalah itu dalam masa terdekat.

“Saya melihat ini sebagai satu perkembang­an positif. Saya balik nanti kita akan putuskan setelah mendapat pandangan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (mengenai) siapa yang sesuai untuk dilantik (sebagai wakil). Mudah-mudahan, kita dapat selesai dalam masa tidak lama lagi,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini kelmarin.

Menurutnya, Axiata mempunyai kemampuan untuk meningkatk­an pelaburan mereka di negara itu.

Najib berkata perkara itu telah dimaklumka­n kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Axiata Group Bhd Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Dialog Axiata adalah syarikat pelaburan asing terbesar di Sri Lanka dengan jumlah pelaburan melebihi AS$2.2 bilion.

Awal kelmarin, Najib mengadakan pertemuan empat mata dengan Sirisena di Istana Presiden sempena lawatan rasminya selama tiga hari ke Sri Lanka yang bermula Ahad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia