Utusan Borneo (Sabah)

FTA dengan Sri Lanka akan mudahkan eksport produk, perkhidmat­an Malaysia

-

COLOMBO: Produk dan perkhidmat­an dari Malaysia dapat menembusi pasaran di Sri Lanka dengan mudah jika kedua-dua negara dapat menjalin Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara produk utama Malaysia yang dieksport ke Sri Lanka termasukla­h kelapa sawit tetapi ia telah dikenakan beberapa pencukaian tertentu dan jika FTA itu dilaksanak­an, sistem pencukaian kedua-dua buah negara akan dikaji semula.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Malaysia dalam sidang media kelmarin selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena dan menghadiri rundingan meja bulat antara kerajaan dan pihak swasta kedua-dua negara.

Menurut Najib, nilai perdaganga­n Malaysia di Sri Lanka bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berjumlah AS$499.1 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 13.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Eksport Malaysia ke Sri Lanka adalah 10 kali ganda berbanding nilai eksport negara itu ke Malaysia dan dalam rundingan tersebut Sri Lanka telah meminta Malaysia agar mengimport lebih banyak produk ke negara itu.

“Kita akan mengkaji permintaan itu dan mungkin kita akan melihat produk seperti teh dari Sri Lanka untuk dibawa masuk ke Malaysia kerana teh negara itu adalah antara yang terbaik di dunia selain dari industri batu permata,” katanya.

Menurut Najib, semasa rundingan meja bulat itu beliau telah memaklumka­n kepada para peserta bahawa Malaysia mempunyai banyak kepakaran termasuk dalam perkhidmat­an pengurusan lapangan terbang antarabang­sa, pembinaan lebuh raya perkhidmat­an kesihatan.

“Kita ada kepakaran dalam pelbagai bidang dan sektor, ini adalah peluang kita dalam pembanguna­n ekonomi di Sri Lanka,” katanya.

Perdana Menteri itu juga berkata, semasa rundingan tersebut ada beberapa pihak yang melahirkan hasrat mahu menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam Zon Perdangan Bebas Digital (DFTZ) kerana mereka melihat Malaysia sebagai pintu masuk ke ASEAN.

“Mereka (ahli perniagaan Sri Lanka) melihat Malaysia sebagai gateaway (pintu masuk) ke Asean malah melangkaui Asean dan mereka melihat kita mempunyai potensi sebagai rakan niaga dalam pelbagai bidang,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, Sri Lanka juga melihat sistem pensijilan Halal Malaysia sebagai yang terbaik dan boleh memberi nilai tambahan kepada produk-produk halal negara tersebut.

Lawatan rasmi sulung Najib ke Sri Lanka yang bermula dari 17 hingga 19 Dis itu adalah sebagai meraikan hubungan diplomatik selama 60 tahun antara Malaysia dan Sri Lanka.

Rombongan Perdana Menteri itu turut disertai oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subaramian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Utusan Khas Kerajaan Malaysia ke Asia Selatan Tun S.Samy Vellu. — Bernama

 ??  ?? NAJIB diiringi menteri-menteri dalam Mesyuarat Bilateral dengan Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena di Presidenti­al Secretaria­t Building sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Colombo, Sri Lanka kelmarin. — Gambar Bernama
NAJIB diiringi menteri-menteri dalam Mesyuarat Bilateral dengan Presiden Sri Lanka Maithripal­a Sirisena di Presidenti­al Secretaria­t Building sempena lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Colombo, Sri Lanka kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia