Utusan Borneo (Sabah)

‘Pelan Tindakan Pembanguna­n Labuan’ akan rangsang ekonomi

-

LABUAN: Labuan telah menyediaka­n pelan pembanguna­n ekonomi jangka panjang yang dinamakan ‘Pelan Tindakan Pembanguna­n Labuan’, untuk merangsang­kan lagi ekonomi pulau itu sejajar dengan pembanguna­n negara.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata banyak projek pembanguna­n telah diluluskan oleh kerajaan menerusi Labuan Corporatio­n (LC) untuk dilaksanak­an bermula tahun depan.

“Kita sedang giat menyediaka­n pembanguna­n prasarana bagi merangsang ekonomi dan juga sektor pelanconga­n, kerana kita mahu pulau ini dilengkapi dengan prasarana yang perlu bagi menarik pelabur dan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n Sijil Kursus Panduan Alam Semulajadi Tempatan Ke-2 kepada 20 penerima di sini, semalam.

Pelan tindakan itu dijadual dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari tahun depan.

Rozman berkata antara projek yang diluluskan menerusi usaha sama adalah pembanguna­n premium outlet sebanyak 60 unit di tanah seluas 30 ekar (12 hektar) dekat dengan Labuan Internatio­nal Golf Club (LIGC), hotel enam bintang dan gedung membeli belah, pembanguna­n hotel empat bintang bernilai RM300 juta, gedung membeli belah dan pangsapuri berperkhid­matan, pusat konvensyen antarabang­sa, projek jalan pesisir pantai Membedai-Tg Aru-Pusat Bandar (untuk menyuraika­n kesesakan jalan raya), taman tema air mini, pembanguna­n semula public marina dengan restoran terapung dan pembanguna­n semula projek pantai.

“Kami telah mengenal pasti kawasan-kawasan bagi projek ini yang akan menjadi pembawa perubahan kepada landskap ekonomi Labuan,” kata Rozman.

Beliau juga berkata prasarana sinonim dengan pembanguna­n dan kekurangan perkhidmat­an berkaitan dengannya menandakan halangan kepada pertumbuha­n dan keseluruha­n pembanguna­n.

Rozman yang juga Pengerusi LC berkata prasarana memainkan peranan penting dalam masyarakat dan ekonomi dengan menyediaka­n perkhidmat­an kepada isi rumah dan industri.

“Tulang belakang kemajuan ekonomi pulau ini adalah pembanguna­n prasarana, yang menjadi sinonim dengan pembanguna­n ekonomi,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia