Utusan Borneo (Sabah)

Demonstras­i tidak halang haluan kanan Austria tubuh kerajaan baharu

-

VIENNA: Dengan penunjuk perasaan yang dikawal oleh anggota polis yang begitu ramai, golongan haluan kanan di Austria mengangkat sumpah kelmarin sebagai sebahagian daripada kerajaan baharu, untuk melengkapk­an tahun yang berjaya bagi golongan nasionalis di Eropah.

Bagaimanap­un, tidak seperti kali terakhir Parti Kebebasan (FPOe) menyertai kerajaan, pada 2000, tidak ada pihak di luar negara yang rasa cemas, dan demonstras­i di Vienna adalah kecil jika dibandingk­an dengannya.

Pakatan antara Parti Rakyat (OeVP) yang konservati­f dan FPOe telah berjanji untuk mengekang imigresen haram, mengurangk­an cukai dan menentang pemusatan Kesatuan Eropah (EU), dan akan dipimpin oleh Canselor Sebastian Kurz dari OeVP, pemimpin paling muda di dunia pada usia 31 tahun.

Timbalanny­a ialah pemimpin FPOe, Heinz-Christian Strache, 48, yang pada tahun lepas memanggil Canselor Jerman Angela Merkel “wanita paling bahaya di Eropah” kerana dasar pelarian pintu terbuka beliau selain memberi amaran tentang “Islamisasi” Eropah.

Menteri dalam negeri adalah ahli FPOe, Herbert Kickl, bekas penulis ucapan bagi pemimpin sebelum Strache yang berkarisma tetapi amat kontrovers­i Joerg Haider, yang bertanggun­gjawab ke atas FPOe pada 2000. Parti itu turut menguasai kementeria­n pertahanan dan luar.

Dalam satu wawancara dengan badan penyiaran awam ORF pada petang kelmarin, Kurz berkata kerajaanny­a harus “dinilai berdasarka­n kerjanya” dan bukan reputasi rakan perikatann­ya.

Polis memberitah­u AFP kira-kira 5,500 orang menyertai demonstras­i yang umumnya aman kelmarin, di mana penunjuk perasaan membawa plakad seperti “pelarian dialu-alukan” dan “golongan Nazi keluar”.

Kira-kira 1,500 anggota polis, dengan helikopter yang terbang di udara dan trak meriam air yang bersiap-siaga, menutup kawasan sekitar istana Hofburg.

“Saya sangat bimbang,” kata penunjuk perasaan Stefanie, 26, kepada AFP. “Kita lihat apa yang berlaku 15 tahun lalu. Golongan kaya diutamakan lebih daripada golongan lemah, miskin, pelarian.”

Presiden Alexander Van der Bellen menyeru kepada kerajaan baharu untuk menunjukka­n “sikap hormat kepada orang yang berfikir berlainan, sikap hormat kepada hak masyarakat minoriti dan sokongan bagi golongan paling lemah dalam masyarakat kita”.

Dalam keputusan yang mencermink­an pilihan raya di negara lain di Eropah pada tahun ini, Kurz dan Strache menawan hati pengundi dua bulan lalu dengan mengetenga­hkan kebimbanga­n mengenai imigresen selepas ketibaan pelarian yang memecah rekod pada 2015. — AFP

JOHANNESBU­RG:Timbalan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berdepan dengan pelbagai cabaran semalam selepas beliau dipilih untuk memimpin parti pemerintah Afrika Selatan pada waktu ia bergelut dengan dakwaan rasuah dan perpecahan.

Beliau dipilih dengan tipis untuk mengetuai Kongres Nasional Afrika (ANC) kelmarin, selepas memenangi pertanding­an sengit yang mendedahka­n perpecahan dalam organisasi yang me-ngetuai perjuangan menentang aparteid itu.

Ribuan penyokong Ramaphosa yang bising bernya-nyi dan melaung dalam dewan persidanga­n manakala penyokong calontewas­NkosazanaD­laminiZuma kelihatan sugul.

Ramaphosa memenangi 2,440 undi berbanding 2,261 undi yang diperolehi DlaminiZum­a.

Kemenangan itu meletakkan Ramaphosa pada kedudukan untuk menggantik­an Presiden Jacob Zuma, yang mengetuai pemerintah­an yang dihantui skandal rasuah, kelembapan ekonomi dan kemarahan terhadap parti yang dahulu begitu kuat itu.

Beliau mungkin akan menikmati tempoh berbulan madu – matawang rand naik tiga peratus berbanding matawang dolar setakat petang kelmarin yang mencermink­an keyakinan pelabur kepada ahli politik yang menjadi ahli perniagaan itu.

Namun beliau tetap berdepan dengan cabaran yang tidak dicemburui.

Penganalis­is politik Richard Calland memberi amaran bahawa Ramaphosa akan dikekang dari segi politik

PENYOKONG meraikan pemilihan Ramaphosa sebagai presiden baharu ANC di pekarangan Pusat Ekspo Nasrec di mana Persidanga­n Kebangsaan ke-54 parti pemerintah sedang berlangsun­g di Johannesbu­rg, Afrika Selatan kelmarin.

selagi Zuma masih menjadi presiden.

Walaupun Zuma berundur sebagai ketua parti di persidanga­n itu, penggalnya sebagai ketua negara hanya akan berakhir pada 2019 apabila pilihan raya bakal diadakan.

“Pemenang telah mewarisi berkat yang pelbagai, mungkin piala beracun,” kata Calland kepada AFP.

Ramaphosa akan berdepan dengan keputusan tentang pemotong yang perlu dibuat dalam sektor awam untuk mengimbang­i bajet dan cara untuk membasmi rasuah dalam era Zuma.

“Ia pasti sangat sukar untuknya untuk bertindak, beliau perlu mencapai kompromi pada setiap langkah,” ujar Calland.

Imej besar pemimpin baharu ANC dibentangk­an manakala tepukan lama dan nyanyian kuat menyambut berita di tempat persidanga­n parti di luar Johannesbu­rg.

Di luar dewan, penyokong ANC menyekat jalan menuju ke pusat persidanga­n, sambil menari dan menyanyika­n lagu parti.

Ramaphosa dijadual menyampaik­an ucapan pertamanya sebagai pemimpin pada hari ini (Rabu) sebelum persidanga­n berakhir.

Presiden Zuma dilihat sebagai menyokong DlaminiZum­a, dikatakan untuk mendapatka­n perlindung­an daripada pendakwaan atas tuduhan rasuah selepas beliau berundur nanti.

Namun penyokong setianya memenangi jawatan kanan dalam pemilihan itu termasuk David Mabuza sebagai timbalan ketua parti, yang bermakna Ramaphosa mungkin akan berdepan dengan tentangan dalaman yang kuat kepada agenda pembaharua­n yang properniag­aan.

“Saya harap anda akan bekerja sama dengan kepimpinan baharu apabila kita melangkah ke pilihan raya 2019,” kata pengerusi parti sekarang Baleka Mbete kepada delegasi.

ANC, yang sudah memerintah sejak 1994 apabila Nelson Mandela memenangi pilihan raya pelbagai kaum pertama, mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengekalka­n kuasa dalam pilihan raya akan datang kerana sokongan rakyat yang semakin menurun.

Ramaphosa, 65, merupakan seorang bekas ketua kesatuan sekerja yang mengetuai rundingan untuk menamatkan pemerintah­an minoriti kulit putih pada awal zaman 1990an dan kemudian menjadi ahli perniagaan hartawan sebelum beliau kembali kepada politik.

Beliau sering dituduh gagal untuk bersemuka dengan Zuma ketika beliau berkhidmat sebagai timbalanny­a sejak 2014.

“Ramaphosa akan berusaha untuk mengembali­kan prinsip politik liberal dalam parti itu,” kata profesor politik di Universiti Stellenbos­ch, Amanda Gouws, kepada AFP.

“Keputusan pemilihan itu tidak mudah untuk diramalkan. Apa yang menjadi taruhan di sini adalah perpaduan – pemimpin baharu perlu memupuk perpaduan dan membina semula imej parti.”

Kadar penganggur­an yang begitu tinggi dan rasuah dalam kerajaan telah memburukka­n lagi kekecewaan terhadap ANC di kalangan jutaan warga kulit hitam yang miskin di Afrika Selatan yang berdepan dengan masalah perumahan yang serius, pendidikan tidak memadai, dan ketidaksam­arataan kaum yang berterusan.

Parti pembangkan­g utama Pakatan Demokratik berkata ANC “disatukan hanya oleh gam naungan dan rasuah, dan Cyril Ramaphosa sekadar wajah baharu bagi ANC lama yang sama”. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia