Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Myanmar siasat kubur besar-besaran di Rakhine

-

YANGON: Tentera Myanmar berkata ia sedang menyiasat sebuah kubur besar-besaran yang dijumpai di sebuah perkampung­an di negeri utara Rakhine, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh anggota tentera melakukan kekejaman ke atas masyarakat Muslim Rohingya.

Utara Rakhine hampir dikosongka­n oleh populasi Muslim sejak hujung Ogos lalu, apabila operasi ketenteraa­n ke atas pemberonta­k Rohingya menyebabka­n lebih 655,000 pelarian untuk merentasi sempadan dan lari ke Bangladesh.

PBB, Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia menuduh Myanmar menjalanka­n kempen pembersiha­n etnik yang sistematik ke atas masyarakat minoriti Muslim yang tidak ada negara, manakala organisasi Doctors Without Borders menganggar­kan sekurang-kurangnya 6,700 orang Rohingya maut dalam keganasan pada bulan pertama.

Semalam Human Rights Watch mengeluark­an laporan yang memperinci­kan “perogolan dan pembunuhan sistematik” oleh tentera ke atas ratusan orang Rohingya di perkampung­an Tula Toli di utara Rakhine pada 30 Ogos lalu, dan menambah kesaksian baharu kepada kejadian yang telah didokumenk­an oleh wartawan dan kumpulan hak asasi manusia berdasarka­n laporan pelarian.

Namun tentera Myanmar menafikan semua dakwaan salah laku – tetapi pada waktu yang sama menyekat akses ke zon konflik di utara Rakhine.

Satu kenyataan yang dipaparkan dalam laman Facebook ketua tentera lewat kelmarin menyebut maklumat yang mereka terima telah membawa anggota tentera kepada “mayat tidak dikenali yang dijumpai di sebuah tanah perkuburan di perkampung­an Inn Dinn”, sebuah komuniti di bandar Maungdaw, Rakhine – pusat keganasan.

Ia tidak menyatakan jumlah mayat yang dijumpai atau komuniti yang mereka anggotai.

“Tindakan undang-undang tegas akan diambil jika anggota pasukan keselamata­n terbabit,” kenyataan itu menambah.

Pegawai kerajaan tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n ulasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia