Utusan Borneo (Sabah)

Artis mendokumen­kan pengusiran pekerja migran dari Beijing ditangkap

-

BEIJING: Artis yang berpangkal­an di Beijing Hua Yong telah ditahan oleh polis selepas dia mendokumen­kan pengusiran beramai-ramai pekerja migran dari ibu negara China, kata rakannya kelmarin.

“Situasinya sekarang tidak diketahui. Kami sudah menghubung­i peguam dan keluargany­a dan formaliti undangunda­ng sedang diproses,” menurut satu kenyataan bertulis yang dipamerkan dalam akaun Twitter Hua dan ditandatan­gani dua artis Ji Feng dan Guo Zhenming.

Dalam tempoh beberapa minggu sebelum dia hilang, Hua memuat naik puluhan video ke dalam YouTube dan platform media sosial di China, WeChat, yang mendokumen­kan pemusnahan kejiranan migran di pinggir Beijing.

Sejak membuka akaun YouTube hanya dua minggu lalu, videonya sudah ditontoni puluhan ribu kali dan ada yang sudah diterjemah­kan oleh orang lain ke dalam bahasa Inggeris.

Hua diambil dari rumah seorang rakan di kota utara Tianjin pada awal pagi Sabtu lepas setelah dia lari dari Beijing untuk mengelak polis, kata rakan lain kepada AFP.

Video Hua, yang biasanya diambil dengan batang selfie, membawa penonton ke dalam kejiranan migran yang dimusnahka­n baru-baru ini dan merakamkan perbualann­ya dengan pekerja berpendapa­tan rendah yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam salah satu video, dia berjalan di antara timbunan puing, menunjuk ke sekeliling dan berkata, “Langit sangat biru pada hari ini. Tetapi lihat apa yang ada di belakang saya, semua musnah dalam sekelip mata.”

Pada malam Jumaat lepas, Hua memaparkan beberapa video dalam akaun Twitternya bertajuk “Mereka ada di sini”.

Dalam video itu, dia berkata polis berada di pintu dan dia terpaksa pergi bersama mereka tidak lama lagi.

“Ayah menggunaka­n minit-minit terakhir ini untuk menyanyika­n anda satu lagu ‘Selamat harijadi kepada anda’. Ayah mahu negara kita menjadi lebih baik; ia sepatutnya adil, saksama, bebas dan demokratik dengan kebebasan bersuara,” kata Hua, yang bercakap kepada anak perempuann­ya yang berusia tiga tahun.

Ratusan juta migran yang berhijrah ke bandar dari kawasan desa di China telah menjana kepesatan ekonomi negara yang dramatik sejak beberapa dekad lalu.

Namun ada yang tidak lagi dialu-alukan di Beijing yang sesak dan mahu mengehadka­n populasi pada tahap 23 juta pada 2020 dan memusnahka­n 40 juta meter padu struktur haram – kebanyakan­nya kedai dan rumah untuk migran – menjelang hujung tahun ini.

Pihak berkuasa mendakwa mereka perlu memusnahka­n bangunan berbahaya selepas kebakaran membunuh 19 orang pada bulan lepas. Kebakaran di sebuah lagi kawasan migran mengorbank­an lima orang pada minggu lepas.

Penyelidik China dalam Amnesty Internatio­nal Patrick Poon berkata pihak berkuasa “sangat bimbang” perbincang­an mengenai topik itu akan memburukka­n imej China.

Presiden Xi Jinping telah mengetuai tindakan menyeluruh ke atas masyarakat madani sejak beliau memegang kuasa pada 2012, menyasari semua orang daripada peguam hak asasi manusia hingga kepada penulis blog gosip selebriti.

Sejak beberapa tahun lalu aktivis dipenjara atas tuduhan seperti “mencari gaduh dan menimbulka­n masalah”, “merosakkan kuasa kerajaan” dan fitnah atau menyebar “khabar angin palsu” dalam talian.

“Ironisnya, dengan menyasari Hua Yong, ia memburukka­n lagi imej China apabila mendokumen­kan apa yang berlaku juga boleh diwajarkan sebagai satu jenayah,” kata Poon kepada AFP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia