Utusan Borneo (Sabah)

Telemovie khas Krismas di TV1, 23 Disember ini

-

BAYANGKAN kiranya di Malaysia turunnya salji yang cantik memutih kemudianny­a muncul Santa Claus yang menunggang rusa membawa hadiah untuk diberikan kepada kanakkanak seperti dalam kisah-kisah khayalan dan dongeng Hari Krismas.

Imaginasi indah begitu sering kali diimpikan gadis Tionghua bernama Mabel setiap kali menjelangn­ya perayaan Hari Natal.

Meskipun sedar kekurangan dirinya di mana kedua-dua kakinya cacat sejak dilahirkan, Mabel masih menaruh harapan besar dan bercita-cita untuk melanjutka­n pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Kongsikan momen indah ini dalam telemovie menarik khas Hari Krismas bertajuk ‘Salji Untuk Mabel’ disiarkan pada 23 Disember ini, jam 10.00 malam menerusi saluran TV1 yang mengetenga­hkan pelakon Ixora Chern, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Mike Ho dan Eva Emmanyna.

Mabel, gadis kelainan upaya (OKU) dengan kedua-dua kakinya cacat sejak dilahirkan. Namun Mabel dalam diam bercitacit­a untuk melanjutka­n pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa dan Mark begitu juga abangnya, Miller. Mabel dan keluargany­a tinggal di perkampung­an Tionghua dan mereka satu–satunya keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung berkenaan namun masyarakat tidak pernah meminggirk­an mereka walaupun berlain-an pegangan agama.

Mabel mempunyai seorang rakan karib yang seusia dan tinggal sekampung dengannya, Yuen dan Yuen menjadi peneman setia Mabel untuk menemaniny­a ke mana saja mereka pergi.

Bagi membakar semangat supaya dia berusaha gigih agar dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara. Tindakanny­a itu nyata memberikan kesan kerana saban hari semangat semakin bertambah untuk belajar bersungguh­sungguh.

Buat pertama kalinya, sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu, bersama Yuen dan menyebabka­n kedua–dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaa­n.

Sebagai penghargaa­n kepada teman baiknya itu, sebelum menjelangn­ya Krismas, Yuen merancang satu kejutan untuk Mabel dan keluargany­a.

Pada pagi Krismas itu, Mabel dan keluargany­a dibawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Santa Claus itu juga membawa satu lagi kejutan kepada Mabel dan keluargany­a. Apakah kejutannya? Saksikan apakah kejutan demi kejutan yang dijanjikan pada Krismas ini.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia