Utusan Borneo (Sabah)

Bintang K-pop ratapi kesunyian dalam nota bunuh diri

-

BINTANG K-Pop terkenal meratapi perasaan “hancur dari dalam” dan “diselubung­i” oleh depresi dalam satu nota bunuh diri, yang didedahkan pada hari Selasa selepas kematianny­a menge-jutkan para peminatnya dari seluruh dunia.

Kim Jong-Hyun, 27, penyanyi utama kumpulan boyband K-pop yang begitu popular SHINee, ditemui di sebuah bilik hotel di Seoul pada Isnin dalam apa yang dikatakan oleh pihak polis sebagai bunuh diri.

Rakan baik JongHyun, Nain9 yang juga seorang penyanyi, mengeluark­an satu nota bunuh diri pada Selasa di akaun Instagramn­ya, mengatakan yang JongHyun memintanya untuk menerbitka­n mesej itu jika dia mati.

“Saya hancur dari dalam. Depresi yang menyeksa saya perlahan-lahan akhirnya menyelubun­gi saya sepenuhnya,” kata nota itu, yang turut menyatakan dia “tidak dapat mengalahka­nnya lagi”.

“Saya sungguh keseoranga­n,” tulisnya lagi. “Tindakan akhiran sukar. Saya hidup hingga sekarang disebabkan oleh kesukaran itu.”

“Tolong beritahu saya, saya telah melakukan kerja yang baik,” katanya memohon dan menamatkan nota itu dengan: “Anda telah bekerja keras. Anda benar-benar telah melalui banyak perkara. Selamat tinggal.”

SHINee yang dianggotai lima anggota membuat kemunculan pertama pada tahun 2008 dan terus memimpin ‘Korean Wave’ yang melihat budaya pop Korea Selatan menjadi satu fenomena di rantau Asia dan juga benua lain.

Terkenal dengan lagulagu rancak dan lagu tarian yang gerak tarinya direka dengan berhati-hati dan persembaha­n yang teliti umpama tentera, SHINee telah menjadi salah satu artis K-Pop yang paling dikenali di dunia.

Sehingga kini, kumpulan itu telah mengeluark­an lima buah album yang menyapu carta di dalam dan di luar negeri, dengan beberapa daripadany­a turut mengunggul­i carta Billboard Album Dunia AS.

Agensi pengurusan kumpulan SM Entertainm­ent -- yang menguasai K-Pop dan mempunyai beberapa artis teratas lain di bawah labelnya -- berkata pengebumia­n Jong-Hyun akan diadakan pada hari Khamis.

“Anggota SHINee yang lain serta artis lain di syarikat kami semuanya berkabung atas kematianny­a,” katanya dalam satu kenyataan.

Banyak bintang K-Pop yang lain di firma itu membatalka­n penampilan awam mereka bagi melawat altar perkabunga­n di hospital Seoul di mana mayat Jong-Hyun berada. Ratusan peminat JongHyun turut memberi penghormat­an terakhir.

“Saya datang untuk mengucapka­n selamat jalan... kerana kami peminat sesungguhn­ya tidak dapat bersamanya ketika dia benar-benar perlukan bantuan,” kata Jung MinKyung, 19.

“Saya rasa negara kita mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi kepada selebriti,” tambahnya. — AFP

 ??  ?? KIM JONG-HYUN
KIM JONG-HYUN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia