Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi hijau China diguna pakai jaga alam sekitar

KM kagum dengan usaha kerajaan China membendung pencemaran udara

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan terus menjalanka­n pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar dengan mengguna pakai teknologi hijau dari China.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahka­n lawatan mencari fakta oleh delegasiny­a ke Beijing, China pada minggu lepas kagum dengan usaha kerajaan China membendung pencemaran udara.

“Tiada asbut dan debu, hanya langit biru yang terang di Beijing. China telah memberikan komitmen kepada usaha pemulihara­an dan pemelihara­an sekitar.” alam DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

“Tiada asbut dan debu, hanya langit biru yang terang di Beijing. China telah memberikan komitmen kepada usaha pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perpisahan bagi Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Fu Jijun dan isterinya Liu Sha di Hotel Imperial pada Ahad.

Abang Johari memberitah­u Sarawak banyak belajar daripada China dari segi pemulihara­an dan pemelihara­an alam sekitar seterusnya mendorong kerajaan untuk melaksanak­an ekonomi digital.

Katanya, satu persidanga­n Internet baru-baru ini di China mendedahka­n negara itu mahu mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 55 peratus daripada ekonomi digital menjelang 2021.

Pada 2016, ekonomi digital di China, ujarnya, menyumbang kepada 35 peratus KDNK negara iaitu berjumlah kirakira AS$3.43 trilion.

“Ekonomi digital adalah jalan China melangkah ke hadapan dan cara bagi kita juga untuk menggerakk­an ekonomi kita sendiri,” katanya yang menambah ia turut membuka peluang baharu dengan mewujudkan pekerjaan baharu untuk generasi muda.

Satu lagi aspek alam sekitar di Sarawak, ujarnya, adalah penggunaan bas hidrogen dan sistem transit aliran ringan (LRT) di Kuching.

Beliau menambah Jerman dan China sudah berjaya menerajui teknologi dan menghasilk­an keputusan yang sama dalam penggunaan teknologi gas hidrogen.

Menurutnya, sebab itu kerajaan negeri memilih untuk menyertai China kerana kos yang jauh lebih rendah untuk menubuhkan loji pengeluara­n hidrogen dan membawa masuk bas hidrogen ke Sarawak.

Terdahulu, Fu dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih kepada Abang Johari atas usaha dan sumbangan beliau kepada kerjasama antara China dan Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? ABANG Johari menerima cenderahat­i tanda kenangan daripada Fu sambil disaksikan (dari kanan) Abdul Karim, Dr Chan, Juma’ani dan Liu.
ABANG Johari menerima cenderahat­i tanda kenangan daripada Fu sambil disaksikan (dari kanan) Abdul Karim, Dr Chan, Juma’ani dan Liu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia