Utusan Borneo (Sabah)

MDPg menang besar

Bolot Piala Pusingan Menteri KKTP 2017

- Warga MDPg bersama piala kemenangan mereka.

KOTA KINABALU: Majlis Daerah Penampang (MDPg) menang besar di Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) 2017 yang telah diadakan di sini.

MDPg telah mengalahka­n 23 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang lain dari seluruh Sabah, termasuk dua Majlis Perbandara­n dan sebuah Lembaga Bandaran serta 20 Majlis Daerah untuk memenangi Piala Pusingan Menteri KKTP 2017.

Kemenangan itu membolehka­n MDPg menerima sijil, plak dan RM1,000.

Naib johan jatuh kepada Majlis Daerah Keningau sementara di tempat ketiga, keempat dan kelima ialah Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Majlis Daerah Tenom dan Majlis Daerah Beaufort.

Untuk menjadi johan, MDPg antara lain telah memenangi Anugerah Kutipan Cukai Pintu Tertinggi PBT 2017 serta mendapat tempat dalam Anugerah Pegurusan ICT Terbaik, Anugerah Inovatif PBT, Anugerah Landskap Terbaik PBT dan Anugerah Kebersihan PBT.

Sementara itu, MPT telah memenangi Anugerah Pengurusan ICT Terbaik dan Anugerah Kebersihan, Majlis Daerah Tambunan Anugerah Inovaif PBT, dan Majlis Daerah Tenom Anugerah Landskap Terbaik.

Manakala Majlis Daerah Nabawan telah memenangi Anugerah Pengurusan Akaun Tahun 2016 Dalam Kategori Terawal Menyerahka­n Penyata Kewangan kepada KKTP serta Anugerah Pengurusan Akaun Tahun 2016 Dalam Kategori Terawal Menerima Pensijilan Penyata Kewangan daripada Jabatan Audit Negara.

Semua anugerah telah disampaika­n oleh tetamu kehormat iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam, Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus dan Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Mohammad Hj Alamin.

Dalam pada itu, lima kakitangan KKTP telah menerima APC. Mereka ialah Dr Gabriel Chong, Adele Vanessa Wong, Hanidah Abin, Ann Peter Paut dan Robin Roy Guntala.

Sementara Farah Zatul Dandan dan Syed Shahridzan Sh Sihan telah menerima Anugerah Pekerja Contoh KKTP, dan Fidelia Wong

SEBAHAGIAN

serta Jangol Sekul menerima Anugerah Pekerja Versatile KKTP.

Bekas Ketua Bahagian Pentadbira­n KKTP Datin Esther Lee telah memenangi Anugerah Pekerja Dedikasi Menteri KKTP. Beliau yang bersara awal bulan ini juga diberi cendera kenangan sempena pesaraanny­a. Kakitangan KKTP yang turut besara ialah Hjh Jainah Markum, Jupri Marjam, Rose Lee Molly dan Aspar Matusin.

Jumatli @Jumatni Maiasin meruapakan penerima APC tunggal dari Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS).

Lima warga KKTP yang berpindah turut diberi penghargaa­n. Mereka ialah Hadzlan Jablee, Sarinah Said, Isma Syafry, Mary Jennifer Mosipil dan Lakinah Tangkoko.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Kota Belud melalui Majlis Daerah Kota Belud telah memberi penghargaa­n kepada Majlis Daerah Penampang, Putatan, Beluran, Kota Marudu dan Lembaga Bandaran Kudat atas bantuan mereka semasa bencana banjir, baru-baru ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Tribunal Perumahan Sabah Datuk Josie Bosi, Pengurus Besar Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) George Liew dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Yusof Ag Ali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia