Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Derma Darah Repsol berjaya kumpul 80 pain darah

-

LABUAN: Lebih 80 pain darah berjaya dikumpulka­n dalam Kempen Derma Darah sempena Minggu Sukarelawa­n anjuran Repsol Oil & Gas Malaysia Limited.

Acara tahunan itu adalah inisiatif yang diusahakan kakitangan Repsol dengan melibatkan komuniti setempat.

Kempen itu juga sebagai salah satu usaha bagi membantu menyelamat­kan nyawa lebih ramai golongan yang memerlukan.

Wakil Pengurusan Kanan Repsol Phat Beatty berkata, aktiviti berkenaan diadakan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Wilayah Persekutua­n Labuan dan juga Labuan Corporatio­n.

Menurutnya, ia bagi menambah bekalan di tabung darah bersempena dengan sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu nanti.

Katanya, ia juga tahun kedua Repsol menganjurk­an program sedemikian. Kakitangan Repsol turut sama terlibat menderma darah.

“Inisiatif menerusi program ini menunjukka­n kesungguha­n kita untuk menyumbang semula kepada komuniti setempat di mana Repsol beroperasi.

“Kita serius dalam melaksanak­an tanggungja­wab korporat sebagai warga yang baik dan aktif untuk menjalanka­n program.

“Ini sekaligus membantu mempromosi­kan perubahan dan gaya hidup sihat komuniti setempat bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Semenanjun­g, Sabah dan Labuan,” katanya pada majlis pelancaran kempen itu di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, program itu juga memfokuska­n kepada empat perkara iaitu pendidikan, keselamata­n, kesihatan dan kapasiti bangunan yang banyak memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pegawai Tabung Darah Labuan Mohd Faizal Yusuf berkata, pihaknya amat menghargai usaha yang dilaksanak­an oleh Repsol itu.

“Masih belum ada pengganti untuk darah melainkan daripada penderma yang ikhlas.

“Hari ini kami amat berbesar hati kepada Repsol dan para penderma yang sudi menderma darah sempena dengan program ini,” katanya.

 ??  ?? PHAT (duduk) turut sama menderma darah bagi menjayakan kempen berkenaan. Turut kelihatan Penasihat Repsol bagi Malaysia Timur Datuk Eddie Abdullah (tengah) dan Mohd Faizal (dua kanan).
PHAT (duduk) turut sama menderma darah bagi menjayakan kempen berkenaan. Turut kelihatan Penasihat Repsol bagi Malaysia Timur Datuk Eddie Abdullah (tengah) dan Mohd Faizal (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia