Utusan Borneo (Sabah)

Sabah raih pingat gangsa

Kejohanan boling acara trio kategori VIP MSKPPM Ke-45, 2107 di Seremban

- Oleh SALMAN ABADI SOJE (tengah), Ag Damit dan Suzie meraih pingat gangsa boling kategori VIP MSKPPM Ke-45, 2017 di Seremban.

SEREMBAN: Pasukan Sabah berjaya memenangi pingat gangsa acara trio kategori VIP kejohanan boling tenpin Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Kali Ke-45peringka­tkebangsaa­n yang berlangsun­g di Mydin Mall Seremban 2, di sini pada Isnin.

Trio Sabah yang diwakili Haji Soje Haji Abd Hassan, Haji Ag Damit Ayub dan Suzie Samuel, meraih gangsa selepas berjaya mengumpul 1,787 jatuhan pin.

Pingat emas (johan) acara itu dimenangi pasukan trio VIP dari Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (MESCA) yang mengumpul 1,993 jatuhan pin, manakala pingat perak (naib johan) dimenangi peserta Kedah (1,932 jatuhan pin).

Soje bertugas sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, manakala Awang Damit ialah Penolong Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan dan Suzie bertugas di PPD Tuaran.

Sementarai­tu,bagikatego­ri individu VIP lelaki, Awang Damit menduduki tempat ke-4 dengan 665 jatuhan pin, Soje di tempat ke-7 (632) manakala seorang lagi peserta dari Sabah, Zainal Madi (578) menduduki tempat ke-23 dalam pertanding­an empat permainan.

Seramai 48 peserta mengambil bahagian dalam pertanding­an itu (individu VIP lelaki) dari 16 pasukan seluruh negara yang menyertai temasya sukan dan kebudayaan MSKPPM dari 15 hingga 21 Disember ini yang diadakan di Negeri Sembilan.

Pingat emas (johan) individuVI­Plelakidim­enangi Lazit Ahmad dari Kedah (722 jatuhan pin), perak Zainuren Haji Mohd Nor (700) dan gangsa Haji Hosri Mat Nor (6684), kedua-duanya dari pasukan MESCA.

Zainuren turut dinobatkan sebagai pemenang anugerah skor tertinggi (high score) dengan 228 jatuhan pin yang dicatatkan­nya dalam permainan pertama.

Seramai 169 orang peserta yang terdiri daripada guruguru dan warga pendidikan mewakili kontinjen Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah ke temasya tahunan itu dengan mengambil bahagian dalam 10 jenis acara sukan dan kebudayaan yang dipertandi­ngkan.

Sukan yang disertai kontinjen Sabah ialah bola sepak senior, bola sepak veteran, sepak takraw (gabungan senior dan veteran), bola jaring (wanita), bola tampar (wanita), ping pong, boling tenpin, petanque, golf dan acara kebudayaan (tarian).

Majlis penyerahan bendera Sabah dan PSKPPS Sabah oleh Pengarah JPN Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul kepada kontinjen Sabah telah diadakan di Wisma Pendidikan Sabah Kota Kinabalu (Likas) pada 14 Disember lalu.

Dalam ucapannya, Maimunah menyeru semua peserta yang terpilih mewakili Sabah ke temasya itu agar bertanding dengan penuh disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi demi menjaga nama baik JPN Sabah.

Katanya, para pengurus, jurulatihd­anpeserta(pemain) bagi setiap acara yang disertai hendaklah meletakkan sasaran sekurang-kurangnya memasuki pusingan kedua atau suku akhir dan ‘tidak kalah di pusingan awal’.

Kejayaan memasuki saingan ke peringkat separuh akhir dan lebih-lebih lagi jika berjaya meraih pingat (seperti boling) disifatkan sebagai satu ‘bonus’ pencapaian terbaik bagi kontinjen Sabah yang diketuai sendiri oleh Maimunah, manakala pengurus kontinjen Sabah ialah Datu Roslin Datu Siabok yang juga Ketua Penolong Pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah.

 ??  ?? MAIMUNAH (empat kiri) ketika menyerahka­n bendera Sabah dan PSKPPS kepada pengurus kontinjen Sabah, Datu Roslin sambil diperhatik­an Ir Datu Jamigul Datu Salin (tengah) Ketua Sektor SPK JPN Sabah.
MAIMUNAH (empat kiri) ketika menyerahka­n bendera Sabah dan PSKPPS kepada pengurus kontinjen Sabah, Datu Roslin sambil diperhatik­an Ir Datu Jamigul Datu Salin (tengah) Ketua Sektor SPK JPN Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia