Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan sukan platform pupuk semangat perpaduan

-

TENOM: Sukan perlu dijadikan sebagai platform memupuk semangat perpaduan antara kaum tanpa mengira fahaman politik bagi menjadikan negara terus harmoni dan berjaya.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Jamawi Jaafar berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ada pihak tertentu terus berpolitik sepanjang masa, yang lebih cenderung membawa politik perpecahan dan perkauman tanpa memikirkan kesan terutama kepada golongan muda.

“Sebab itu, melalui sukanlah kita boleh memupuk semangat kesukanan dan perpaduan yang boleh menggabung­kan semua kaum dan parti politik bagi menjadikan negara terus berjaya.

“Golongan muda jangan diseret kepada keadaan yang mengeliruk­an mereka, sebaliknya mendorong mereka untuk membantu kejayaan negara terutama melalui sukan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan bola tampar terbuka lelaki dan wanita pedalaman di padang sekolah Jawa Sumbiling.

Kejohanan yang mendapat sebanyak 27 penyertaan daripada 20 pasukan lelaki dan tujuh pasukan wanita itu adalah anjuran Biro Belia Kampung Jawa Melalap.

Jamawi yang juga Ketua Pemuda Umno Tenom turut mengingatk­an agar golongan muda tidak terpengaru­h dengan propaganda pihak pembangkan­g yang lebih cenderung melakukan provokasi yang boleh memecah-belahkan keharmonia­n dan perpaduan rakyat.

Beliau mengajak golongan belia agar terus bersama kerajaan BN menyokong dasar serta program yang disediakan dengan merebut segalapelu­angyangdis­ediakan oleh kerajaan.

“Dalam setiap dasar dan program kerajaan, kepentinga­n golongan muda tidak pernah dipinggirk­an. TN50 turut memberikan ruang kepada golongan muda memberikan pandangan dan cadangan mengikut aspirasi mereka dalam memacu proses kemajuan negara pada masa akan datang,” jelasnya.

Pada kejohanan itu, pasukan yang mewakili daerah Keningau, Manjafi Keningau muncul johan bagi kategori lelaki, naib johan pasukan Damai Tenom, ketiga Venom Keningau dan keempat Epic Keningau.

Bagi kategori wanita, pasukan Simpatataa­n Sook muncul johan, tempat kedua Venom Keningau, ketiga Epic Keningau dan keempat Kalanaan Tenom.

Pasukan johan menerima hadiah wang tunai RM500, medal dan hamper, naib johan RM250, medal dan hamper, ketiga RM150, medal dan hamper manakala tempat keempat RM60 dan hamper.

Majlis penyampaia­n hadiah telah diesmpurna­kan oleh Penolong Setiausaha Pemuda Umno Tenom Mohd Taslim Haji Tahir yang mewakili Jamaw.

Turur hadir ialah pengerusi penganjur Sabdin Salihin, penyelaras kejohanan Mohd Norfitri Asaran dan Pengerusi JKKK Jawa Melalap Samat Haji Jinuri.

 ??  ?? JAMAWI (tengah) bersama salah satu pasukan lelaki yang menyertai kejohanan itu.
JAMAWI (tengah) bersama salah satu pasukan lelaki yang menyertai kejohanan itu.
 ??  ?? TASLIM menyampaik­an hadiah kepada salah satu pasukan yang menang.
TASLIM menyampaik­an hadiah kepada salah satu pasukan yang menang.
 ??  ?? ANTARA aksi pasukan-pasukanyan­g mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
ANTARA aksi pasukan-pasukanyan­g mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia