Utusan Borneo (Sabah)

Postecoglo­u bakal bimbing Yokohama musim hadapan

-

TOKYO, Jepun: Bekas jurulatih kebangsaan Australia, Ange Postecoglo­u, yang meletak jawatan walaupun membimbing Australia ke Piala Dunia 2018, akan menjadi jurulatih kelab Yokohama F-Marinos di Jepun musim hadapan, menurut pengumuman kelab semalam.

Postecoglo­u akan menggantik­an Erick Mombaerts, yang berkata pada awal bulan November di mana beliau akan meninggalk­an Liga J (Jepun) pada akhir musim untuk kembali ke Eropah.

“Saya teruja untuk berpindah ke Jepun dan kembali ke pengurusan kelab bola sepak,” kata jurulatih berusia 52 tahun itu dalam satu kenyataan sambil menambah beliau paling tidak sabar untuk bekerja dengan pemain muda di kelab baharunya.

YokohamaF-Marinosdim­iliki sebahagian oleh Kumpulan Bola Sepak City (CFG), yang juga memiliki kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City, New York City (Liga Bola Sepak Utama di Amerika), Melbourne City (Australia) dan Atletico Torque (Uruguay).

Presiden kelab, Koichiro Furukawa berkata Postecoglo­u akan menggalakk­an “gaya permainan bola sepak yang menarik dan menghiburk­an yang pastinya sesuai dengan pendekatan kami.”

F-Marinosmen­amatkan musim liga di tangga kelima musim lepas, ketinggala­n 13 mata di belakang juara liga, Kawasaki.

Australia ada berkata mereka tidak dijangka melantik jurulatih baharu untuk Piala Dunia 2018 di Rusia sehingga bulan Februari, ekoran “minat mendalam” dengan jawatan jurulatih sejak Postecoglo­u meletak jawatan.

Bekas jurulatih Amerika Syarikat (AS) dan bintang legenda Jerman, Jurgen Klinsmann dilaporkan berminat untuk mengisi jawatan.

Australia diundi dalam Kumpulan C di Piala Dunia 2018, bersama-sama Perancis, Denmark dan Peru. — AFP

 ??  ?? DUL Alias (berdiri, tiga kanan) bersama pemain dan pengurusan LLPM FC.
DUL Alias (berdiri, tiga kanan) bersama pemain dan pengurusan LLPM FC.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia