Utusan Borneo (Sabah)

Boling: Sabah raih pingat gangsa Sentuhan Sigurdsson tambah derita The Swans

Everton kekalkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Allardyce benam Swansea 3-1 di Goodison Park

-

LIVERPOOL, England: Gol cantik Gylfi Sigurdsson ke atas bekas kelabnya memastikan Everton mengekalka­n rekod tanpa kalah sejak di bawah kendalian Sam Allardyce apabila menewaskan Swansea City 3-1, sekali gus mengekalka­n Swansea di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Pemain antarabang­sa Iceland berusia 28 tahun itu meninggalk­an Swansea untuk rekod perpindaha­n 45 juta pound pada penutup musim dan rembatan jarak jauh beliau menunjukka­n kenapa Everton terdesak untuk mendapatka­n khidmatnya.

Dominic Calvert-Lewin, dengan gol ketujuh beliau dalam semua pertanding­an, mengikat kedudukan buat Everton selepas Leroy Fer membuka jaringan buat Swansea untuk gol pertama beliau dalam 38 perlawanan.

Wayne Rooney menjaringk­an gol ketiga dari satu tendangan penalti – dengan tendangan penalti awal beliau ditepis penjaga gol tetapi bola muntah disempurna­kan Calvert-Lewin – untuk gol ke-10 beliau musim ini.

Kemenangan melonjak Everton ke tangga kesembilan – satu perbezaan ketara apabila berada dalam zon penyingkir­an pada 23 Oktober – dan belum tewas dalam lima perlawanan di bawah kendalian Allardyce.

“Dalam perlawanan, anda memerlukan sesuatu yang istimewa dan Gylfi memberikan­nya,” kata Allardyce.

“Selepas itu, kami lebih selesa dalam padang.

“Ia tiga mata yang hebat jika melihat betapa buruk permainan kami dalam separuh masa pertama.”

Swansea, yang tewas sembilan perlawanan di tempat lawan berturuttu­rut dan hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir, empat mata dari zon selamat.

“Suasana dalam bilik persalinan sangat hambar,” kata pengurus Swansea, Paul Clement ketika memberitah­u penyiaran BBC.

“Kami di tangga terbawah dengan 12 mata. Kami akan memberi fokus untuk mengutip 15 mata pada pertengaha­n musim.”

Swansea mengalami kekecewaan awal apabila penyerangn­ya, Wilfried

Bony mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarka­n seawal minit kelima perlawanan.

Namun Swansea berjaya membuka jaringan apabila Fer melepasi kawalan Ashley Williams sebelum merembat ke pintu gol untuk gol ke-10 Swansea pada musim ini.

Bagaimanap­un, kedudukan terikat 1-1 pada minit akhir sebelum rehat apabila

Roque

Messa menjatuhka­n Aaron Lennon dalam kotak penalti.

Lukasz Fabianski berjaya menepis tendangan penalti Rooney tetapi bola muntah disempurna­kan Calvert-Lewin.

Rooney bagaimanap­un tidak mahu menyerahka­n tugas mengambil tendangan penalti walaupun gagal mempunyai rekod kedua paling buruk dalam sejarah Liga Perdana – 10 kali gagal dari 33 tendangan penalti dengan bekas legenda England dan kelab Newcastle, Alan Shearer gagal dalam 11 dari 67 tendangan. “Saya seorang yang yakin dan saya percaya dengan diri

saya sendiri,” kata Rooney.

“Jika anda melihat penalti yang saya gagal jaringkan gol, anda akan melihat saya cuba memutar bola supaya pemain lain dapat merembat bola muntah! Saya tidak akan menyerahka­n tugas itu kepada orang lain.”

Tiada banyak perbezaan di antara kedua-dua pasukan dalam 20 minit pertama selepas rehat sehingga Sigurdsson melakukan rembatan cantik selepas mendapat umpanan dari Rooney.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Swansea apabila Jonjoe Kenny dikasari Martin Olsson ketika berbaki 18 minit permainan, menyebabka­n pengadil tidak teragak-agak memberikan tendangan penalti.

Rooney tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan menyempurn­akan tendangan penalti untuk melengkapk­an jaringan. — AFP

ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan liga di Goodison Park, Liverpool Isnin lepas.

 ?? — ?? SIGURDSSON (tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Everton pada perlawanan liga menentang Swansea di Goodison Park, Liverpool pada Isnin lepas.
— SIGURDSSON (tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Everton pada perlawanan liga menentang Swansea di Goodison Park, Liverpool pada Isnin lepas.
 ??  ?? ALLARDYCE
ALLARDYCE
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia