Utusan Borneo (Sabah)

Thiago Silva sedia beraksi pada perlawanan terakhir tahun ini De Bruyne dijangka akan kekal di Etihad sehingga 2024

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery berharap kapten pasukan, Thiago Silva akan kembali dari kecederaan untuk perlawanan terakhir kelab tahun ini dengan menanti kunjungan Caen hari ini sebelum Ligue 1 Perancis berehat musim sejuk.

Pemain antarabang­sa Brazil itu tidak beraksi buat PSG sejak mengalami kecederaan ketika tewas 1-3 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara dua minggu lepas tetapi sudah kembali berlatih sepenuhnya dan mungkin akan diturunkan menggantik­an Presnel Kimpembe yang digantung perlawanan.

“Saya percaya dan berharap, seperti Thiago Silva dan doktor, di mana beliau akan dapat beraksi,” kata Emry Isnin lepas ketika PSG mahu mengekalka­n rekod tanpa kalah di Parc des Prince di bawah kendaliann­ya.

Selepas perlawanan hari ini, pendahulu Ligue 1 itu akan berehat 18 hari sebelum menentang Rennes dalam aksi Piala Perancis pada 7 Januari. Tetapi dengan PSG mahu mengimbang­i kedudukan kewangan ekoran pembelian Neymar dan Kylian Mbappe, bulan Januari mungkin sangat sibuk dalam pasaran perpindaha­n.

Emery sudah bercakap tentang kemungkina­n Lucas Moura dan Hatem Ben Arfa meninggalk­an kelab sementara Javier Pastore dan Angel Di Maria juga terus dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab lain.

PSG ada terfikir untuk mendapatka­n pemain tengah bertahan untuk menggantik­an Thiago Motta yang cedera tetapi pengarah sukan kelab, Antero Henrique menolak sebarang pembelian lain ketika ini. “Sekarang ini, kami tidak mempunyai keperluan untuk mencari pemain. Satu peluang mungkin sentiasa ada tetapi ketika ini, ia tidak,” kata Henrique ketikamemb­eritahu akhbar Le Parisien. Caen belum menang dalam empat perlawanan menjelang kunjungan ke PSG – dengan 11 gol mereka adalah rekod kedua paling buruk di Perancis walaupun PSG dan Montpellie­r mempunyai rekod lebih baik di benteng pertahanan.

Neymar beraksi cemerlang selepas kembali beraksi ketika menewaskan Rennes 4-1 Sabtu lepas, setelah tidak beraksi menentang Lille kerana penggantun­gan dan Strasbourg kerana masalah keluarga.

PSG bagaimanap­un tidak akan dapat menurunkan Marco Verratti dan Dani Alves kerana penggantun­gan.

Monaco, di tangga, yang ketinggala­n sembilan mata di belakang PSG, akan memburu kemenangan keempat berturut-turut menentang Rennes di Stade Louis II, di mana jurulatihn­ya, Leonardo Jardim membina semula skuad yang memenangi kejuaraan liga musim lepas.

“Saya bersemanga­t dengan projek ini, ia seperti projek saya,” kata Jardim. “Ia adalah musim keempat saya di sini. Saya bersemanga­t tetapi dalam masa yang sama bersikap realistik. Saya percaya kami boleh berjaya dengan projek ini.

“Cabaran lain ditawarkan kepada saya tetapi saya tidak berminat kerana saya teruja dengan projek di sini. Saya gembira bekerja di sini. Saya akan meneruskan tugas walaupun jika saya tidak tahu apa masa depan saya.

Pada perlawanan lain, Lyon, yang berkongsi mata dengan Monaco tetapi di tangga ketiga kerana perbezaan gol, akan bertandang ke Toulouse dan mahu mengekalka­n saingan di kelompok teratas.

Marseille akan bertandang ke Troyes sementara Nice akan beraksi menentang Lille tanpa Mario Balotelli yang digantung perlawanan. — AFP MANCHESTER, England: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City, menghampir­i persetujua­n kontrak jangka panjang untuk pemain tengahnya, Kevin de Bruyne, menurut media British Isnin lepas.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatan­gani kontrak enam tahun apabila tiba di Stadium Etihad dari Vfl Wolfsburg untuk rekod perpindaha­n kelab bernilai 55 juta pound pada 2015 tetapi kontrak baharu beliau mungkin berlarutan sehingga 2024, menurut laporan.

Akhbar The Independen­t melaporkan De Bruyne dijangka menerima kenaikan gaji dua kali ganda dari gaji semasa dan akan memperoleh­i kira-kira 200,000 pound seminggu dengan tambahan beberapa bonus.

Pemilik City mahu memberi ganjaran kepada De Bruyne ekoran prestasi cemerlang pada musim ini dengan City mencipta rekod baharu memenangi 16 perlawanan liga berturut-turut.

“Saya tidak mempunyai keinginan untuk pergi ke kelab lain dan saya berasa gembira menjadi sebahagian projek di sini dan bermain bola sepak seperti yang kami mainkan,” kata pemain antarabang­sa Brazil sebelum perlawanan ketika menewaskan Tottenham Hotspur 4-1 Sabtu lepas.

City berkelebih­an 11 mata di tangga teratas liga berbanding pencabar terdekat yang juga kelab jiran, Manchester United.

“Pasukan ini bergerak pada arah yang betul dan ia juga penting. Saya membuat keputusan tepat datang ke City dan keluarga saya juga merasakan segala-galanya adalah baik,” tambah beliau. — Reuters

 ??  ?? THIAGO SILVA
THIAGO SILVA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia