Utusan Borneo (Sabah)

BVB ikrar ‘tumbangkan’ The Bavarians

-

BERLIN, Jerman: Jurulatih baharu Borussia Dortmund, Peter Stoeger, memburu kegemilang­an apabila pasukannya membuat persediaan untuk perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Jerman menentang Bayern Munich hari ini.

Dortmund, yang juga juara bertahan kejohanan, menang dua perlawanan berturut-turut sejak Stoeger mengambil alih tugas dari Peter Bosz awal bulan ini, menemui semula rentak kemenangan pada masa yang tepat untuk perlawanan menentang Bayern Munich minggu ini.

Berdepan dengan ujian terbesar sebagai jurulatih Dortmund, Stoeger mengimpika­n kejuaraan ketika Dortmund cuba mempertaha­nkan kejuaraan.

“Saya tidak tahu berapa banyak peluang yang saya dapat untuk melangkah ke final pertanding­an piala,” kata beliau. “Secara idealnya, saya mahu memenangi trofi.”

Satu tempat ke suku akhir menjadi taruhan hari ini tetapi dengan Bayern dan Dortmund bertemu terlalu awal, pemenang pastinya menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan ini.

Selepas menewaskan RB Leipzig pada pusingan sebelum ini, Bayern akan berdepan satu lagi ujian sukar apabila menanti kunjungan Dortmund.

Kedua-dua pasukan sudah bertemu dalam pertanding­an piala pada enam musim terakhir, masing-masing menang tiga dan sudah melangkah ke final sebanyak tiga kali sejak 2012.

Dortmund bagaimanap­un mempunyai kelebihan dengan menyingkir­kan Bayern sebanyak dua kali di peringkat separuh akhir pada tiga tahun terakhir.

“Kami sentiasa bermain dengan baik menentang Bayern dalam pertanding­an piala sejak beberapa tahun yang lalu,” kata pemain pertahanan Dortmund, Sokratis. “Mereka akan menjadi pilihan pada perlawanan ini tetapi segala-galanya satu kemungkina­n pada satu perlawanan.”

Bayern menang 3-1 di Dortmund pada perlawanan Bundesliga Jerman bulan lepas dan dua pasukan memiliki nasib yang berbeza-beza sejak beberapa bulan.

Ketika Bayern menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 11 mata di singahsana liga di bawah bimbingan Jupp Heynckes, Dortmund mengharung­i lapan perlawanan tanpa kemenangan sehingga kehadiran Stoeger.

Namun Bayern menegaskan mereka tidak akan memperkeci­lkan lawan mereka.

“Anda harus menyedari kami mempunyai perlawanan yang sangat sukar Rabu ini,” kata pemain pertahanan Bayern, Joshua Kimmich. “Ia kemuncak saingan dan kami sememangny­a mahukan kemenangan.”

Kedua-dua pasukan bergelut dengan kecederaan pemain, dengan beberapa pemain utama dijangka tidak beraksi.

Arjen Robben, Thiago dan penjaga gol Manuel Neuer masih tidak dapat beraksi untuk Bayern sementara Dortmund beraksi tanpa Marco Reus, Mario Goetze, Maximilian Philipp dan Gonzalo Castro. — AFP

 ??  ?? STOEGER
STOEGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia