Utusan Borneo (Sabah)

Program TOC persiap diri remaja adapi arus globalisas­i

Hadapi arus globalisas­i pada masa kini

- Oleh JOHAN AZIZ

PROGRAM Teen’s Outreach Camp (TOC) 2017 yang diadakan di Kota Belud di bawah anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dengan kerjasama Neo Synergy Training Centre (NSTC) telah dihadiri oleh peserta sekolah menengah dari seluruh Sabah.

Antara aktiviti menarik sepanjang program adalah A Night to Remember, Sunnah Game, Masquerade in Learning, Career Talk dan Golden Step.

Program TOC telah dilaksanak­an secara serentak di tiga tempat iaitu di Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud; Kem PLKN Princess Heliza, Sepang,

Kuala Lumpur; dan Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak bermula pada 15 sehingga 17 Disember. ‘Create Your Future’

merupakan tema TOC pada tahun ini. TOC bertujuan melahirkan peserta yang mampu menguasai 4 TOP iaitu Top in Leadership, Top in Spritual, Top in Attitude,

dan Top in Intellectu­al.

Menurut Dr Kibin Haji Samad, program sedemikian perlu dilakukan dalam kalangan remaja untuk mempersiap­kan diri mereka menghadapi arus globalisas­i pada masa kini.

Sittilin Salleh selaku pengarah YDKMM cawangan Sabah juga mengatakan bahawa program seperti itu perlu dilaksanak­an terutamany­a dalam kalangan anak Sabah.

Aktiviti ‘explorace’ merupakan antara yang menjadi kegemaran para peserta. Semasa aktiviti itu, para peserta perlu melalui setiap halangan dan lima

checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai pengajaran yang ingin disampaika­n.

Selain itu, para peserta juga diberi peluang untuk merasai sendiri menaiki kuda dalam aktiviti Sunnah Game.

Mufti Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar juga telah dijemput untuk

memberikan perkongsia­n tazkirah yang bertajuk ‘Baitulmaqd­is Milik Islam’.

Ketika ini, para peserta diberi peluang untuk bertanya pelbagai soalan berkenaan Baitulmaqd­is. Tidak ketinggala­n, slot

‘Career Carnival’ juga menjadi salah satu slot kegemaran para peserta.

Syafiqah Salimun, pelajar master geologi petroleum, Universiti Teknologi Petronas; Dr Syairah Hanafiah, lepasan bidang kedoktoran UiTM Sedang; Sittilin Salleh, pelajar master Universiti Malaysia Sabah; Noor Aini Bohari, pelajar PhD, Universiti Malaysia Sabah; dan Noor Syafira, lepasan Universiti Teknologi Petronas telah dijemput untuk memberikan perkongsia­n mengenai bidang kepakaran mereka.

Antaranya adalah bidang kedoktoran, kejurutera­an, akauntan, perniagaan dan pensyarah. Di akhir slot, para peserta dibawa melawat booth kerjaya mengikut minat mereka masingmasi­ng.

Program TOC tidak hanya mementingk­an pembinaan peribadi peserta sahaja, tetapi turut mementingk­an pendidikan ibu bapa terhadap anak. Justeru, slot

‘parenting’ diadakan khusus buat ibu bapa sebagai pendedahan cara mendidik anak seperti yang dilakukan oleh Rasulullah.

Di majlis penutupan, simbolik penyerahan sumbangan al-Quran daripada Pelangi Charity diberikan kepada beberapa peserta yang terpilih.

Pihak YDKMM mengucapka­n syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program TOC 2017 ini.

Aktiviti ‘explorace’ merupakan antara yang menjadi kegemaran para peserta. Semasa aktiviti itu, para peserta perlu melalui setiap halangan dan lima checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai pengajaran yang ingin disampaika­n.

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta TOC dari seluruh Sabah bergambar ramai selepas kem itu.
PARA peserta TOC dari seluruh Sabah bergambar ramai selepas kem itu.
 ??  ?? SALAH seorang peserta kem menaiki kuda dalam aktiviti Sunnah Game.
SALAH seorang peserta kem menaiki kuda dalam aktiviti Sunnah Game.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia