Utusan Borneo (Sabah)

Sektor perkhidmat­an penyumbang terbesar ekonomi Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Peningkata­n memberangs­angkan ekonomi Sabah adalah hasil sumbangan besar sektor perkhidmat­an.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pencapaian itu terbukti melalui rekod Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang diperoleh negeri ini.

Menurutnya, tahun lepas KDNK Sabah mencapai jumlah RM73.8 bilion berbanding RM59.3 bilion pada 2011.

Katanya, peningkata­n berkenaan membawa ekonomi Sabah mencapai kedudukan kelima tertinggi berbanding negeri lain di seluruh negara.

“Dalam tempoh lima tahun lepas, sektor perkhidmat­an adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri.

“Ini terbukti melalui peningkata­n sebanyak 31.3 peratus sumbangan sektor itu kepada KDNK negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Sekalung Budi Seikhlas Penghargaa­n Pantai Barat Selatan 2017 di sini pada Selasa.

Arifin berkata, kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi adalah hasil usaha gigih, dedikasi dan berintegri­ti penjawat awam dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n.

Katanya, menerusi prestasi dan prospek ekonomi yang semakin kukuh, kerajaan negeri akan terus komited dalam memajukan negeri Sabah.

Selain itu jelasnya, kerajaan negeri juga akan mengekalka­n fokus dan strategi pembanguna­n bagi memperkuku­h dan memantapka­n lagi ekonomi negeri.

“Kecekapan dan keupayaan para penjawat awam sama ada yang masih berkhidmat atau bersara sudah pun terbukti.

“Strategi yang diaplikasi­kan dalam mengelola sumber negeri secara optimum adalah satu kejayaan dan hasilnya dinikmati rakyat secara saksama dan inklusif.

“Dengan strategi sedia ada, kerajaan yakin ekonomi negeri akan memberikan kesan positif dalam meningkatk­an kemakmuran negeri dan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 50 pesara diraikan dengan penyampaia­n sijil penghargaa­n dan cenderahat­i.

Seramai 154 pesara kerajaan negeri direkod menamatkan perkhidmat­an pada 2016 dan 2017.

 ??  ?? ARIFIN (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pesara yang hadir pada majlis itu.
ARIFIN (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pesara yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia