Utusan Borneo (Sabah)

Cikgu Azizan dilepas tanpa bebas tuduhan cedera murid

-

SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini Selasa melepas tanpa membebaska­n Azizan Manap atau Cikgu Azizan atas pertuduhan mencederak­an muridnya Oktober lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad, memaklumka­n pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.

Cikgu Azizan, 44, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, dekat sini didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpuna­n sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen323­KanunKesek­saan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Cikgu Azizan yang memakai baju kemeja lengan panjang warna biru, kelihatan sebak sebaik keputusan dibacakan Majistret Mohd Zaki.

Peguam tertuduh, Francis Pereira, ketika ditemui di perkaranga­n mahkamah berkata Cikgu Azizan dilepaskan kerana pihak pendakwaan memberitah­u mahkamah hari ini bahawa berdasarka­n perkembang­an terbaru, keputusan telah dibuat oleh AGC menarik balik kes ini.

“Berdasarka­n kes itu, Majistret yang bersidang telah membebaska­n Cikgu Azizan,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk mendakwa atau keputusan untuk menarik balik sebarang pertuduhan adalah prerogatif AGC.

Pereira berkata sekiranya ibu bapa pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, mereka perlu membuat tindakan lain.

“Ini bukan kes sivil, ini kes berunsur jenayah jadi semua prerogatif adalah kepada peguam negara dan ia adalah hak peguam negara untuk menarik balik,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia