Utusan Borneo (Sabah)

Aliran Sg Pampang dialih ke laluan asal elak hakisan tebing

- OleH JOHAN AZIZ

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, kerajaan akan mengalihka­n aliran Sungai Pampang ke laluan asalnya bagi mengelakka­n berlaku hakisan tebing berdekatan rumah penduduk di sini.

Katanya, pemindahan aliran sungai itu adalah yang paing baik dan sesuai supaya boleh mengelakka­n berlaku kejadian tidak diingini terhadap rumah penduduk yang dibina berdekatan tebing sungai.

“Kalau dibiarkan aliran sungai sekarang ini sudah tentu akan terus berlaku hakisan tebing sehingga meruntuhka­n kawasan terlibat dan membahayak­an penduduk di sini,” katanya selepas melawat hakisan tebing Sungai Pampang di Kampung Pampang, di sini pada Isnin.

Menurut beliau, banjir yang berlaku adalah akibat daripada iklim yang tidak menentu dengan hujan lebat yang turun di daerah ini pada pagi Ahad hingga ke malam.

“Sesiapapun tidak boleh mengawalny­a, hanya kita boleh membuat perubahan dengan mennggunak­an jentera bagi mengalihka­n aliran dan meluruskan sungai ini,” katanya.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Ahli Parlimen Keningau berkata kerajaan sudah berkali-kali memberi nasihat supaya penduduk supaya tidak membina rumah di tebing sungai kerana setiap kali berlaku banjir besar alirannya berpindah-pindah.

Ketika melawat jalan Kampung Limbawan yang turut runtuh akibat hakisan tebing Sungai Pampang, beliau memberitah­u jalan itu sudah tinjau pada masa lalu dan kerajaan sudah ada perancanga­n ke atasnya.

“Ini termasukla­h keadaan keperluan, tempat sudah didaftar atau belum. Namun ia akan disenaraik­an untuk penggunaan orang kampung dan akan diambil tindakan seberapa segera mengikut keadaan,” jelasnya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno berkata masyarakat di sini tidak sewajarnya membina rumah berdekatan sungai.

Katanya, semasa ribut Greg 1996 kerajaan sudah arahkan jangan membina rumah di kawasan itu walaupun ia termasuk dalam geran tanah mereka.

“Apa yang kita buat sekarang ialah meluruskan sungai ini supaya hakisan tidak bertambah besar. Buat sekarang ini, kita sedang menyiapkan kerja meluruskan sungai di Kampung Limbawan agar kampung itu tidak terkena hakisan,” katanya.

Beliau berharap masyarakat yang terlibat dalam musibah itu bersabar lagi pun, Ketua Menteri telah mengarahka­n jabatan beliau (Ketua Menteri) memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila memberitah­u setakat ini Ibu Pejabat Polis Daerah hanya menerima laporan daripada lima pemilik rumah yang hanyut di Sungai Pampang pada Ahad.

Katanya, semua anggota keselamata­n dan agensi di bawah Majlis Keselamata­n Negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkina­n.

"Ketika kejadian banjir pada Ahad tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Saya juga meminta mereka yang terlibat dalam banjir itu agar dapat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah," katanya.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Joseph Guntavid, pegawai-pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan di sini turut hadir pada sesi taklimat dan lawatan ke Kg Limbawan, Kg Pampang dan Kg Agudon yang mengalami kerosakan teruk semasa kejadian itu.

 ??  ??
 ??  ?? PAIRIN bersama Sairin, Joseph dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan melawat jalan raya yang runtuh di Kg Limbawan. (Atas) Keadaan hakisan tebing sungai di Kg Pampang.
PAIRIN bersama Sairin, Joseph dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan melawat jalan raya yang runtuh di Kg Limbawan. (Atas) Keadaan hakisan tebing sungai di Kg Pampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia