Utusan Borneo (Sabah)

43 sekolah terima sumbangan Kembali Ke Sekolah 2018

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sebanyak 43 sekolah kawasan Parlimen Sepanggar menerima sumbangan berupa beg sekolah.

Dalam pada itu, kira-kira 3,700 beg sekolah diedarkan kepada murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah dalam satu majlis di Dewan Masyarakat Manggatal.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata bantuan berkenaan mampu meringanka­n beban ibu bapa untuk membuat persiapan anak-anak kembali ke sekolah kelak.

“Program seumpama ini adalah acara rutin sejak 2013 sehingga kini. Ia adalah sebahagian daripada bantuan kerajaan kepada murid-murid yang lebih memerlukan di sekitar kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Kembali Ke Sekolah 2018 di sini pada Selasa.

Melalui bantuan berkenaan, Jumat berharap agar ibu bapa turut memberikan tumpuan kepada anak-anak mereka untuk mendidik dalam bidang akademik.

“Ini kerana, kita mahukan keputusan di setiap sekolah itu cemerlang dan meningkat dari tahun ke tahun.

“Dengan adanya penglibata­n pihak sekolah, ibu bapa serta murird-murid pada hari ini mampu menggambar­kan bahawa wujudnya persefaham­an antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengurusan sekolah.

“Jika ini berterusan, saya yakin dan pasti bahawa semua keputusan akademik sekolah akan sentiasa meningkat,” jelasnya.

Sementara itu, Jumat turut berharap agar peruntukan parlimen tahun hadapan diawalkan agar pihaknya mampu memberi bantuan kepada sekolah lain yang memerlukan.

Menurut beliau, banyak PIBG datang kepadanya menyatakan kekurangan keperluan di sekolah seperti kerusi dan meja.

“Jika pihak pengurusan sekolah menunggu peruntukan daripada jabatan, terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi.

“Jadi saya berfikir, kenapa kita tidak menghantar bantuan pada awal tahun kepada semua PIBG sekolah agar peruntukan berkenaan boleh digunakan untuk mendapatka­n keperluan di sekolah,” katanya.

 ??  ?? JUMAT (tiga kanan) menyempurn­akan pengagihan bantuan beg sekolah kepada wakil setiap sekolah.
JUMAT (tiga kanan) menyempurn­akan pengagihan bantuan beg sekolah kepada wakil setiap sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia