Utusan Borneo (Sabah)

Bersama bendung jenayah pedofilia

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU:Semuapihak­perlu memainkan peranan penting untuk membendung jenayah pedofilia yang mengancam masyarakat.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Momen Angchai berkata pedofilia telah lama wujud dan mengancam kanak-kanak.

“Istilah pedofilia mungkin asing bagi kita akan tetapi penyakit mental pelakunya bolehlah dikatakan sebagai bermotif jenayah seksual terhadap golongan kanakkanak, dengan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi hasrat pelakunya.

“Untuk membendung­nya, peranan ibu bapa dan masyarakat amat penting agar si pelaku ini dapat dikesan dan diambil tindakan undangunda­ng,” katanya.

Menurut beliau, pendedahan agama yang cukup amat penting diberikan bermula dari kanak-kanak.

Katanya, kawalan yang sewajarnya juga perlu dilakukan secara berterusan agar ahli keluarga tidak menjadi pedofilia.

“Sekiranya didikan agama yang cukup dengan perhatian serta kasih sayang cukup, sudah pasti pedofilia tidak wujud kerana puncanya bermula dari didikan dan pemantauan keluarga,” katanya yang menggesa laporan segera dilakukan dengan menghubung­i talian Nur 15999.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika diminta mengulas isu pedofilia yang semakin membimbang­kan, di sini, pada Isnin.

Momen sebelum itu mengadakan lawatan dan pemantauan bersama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Jablee Jaratul ke Titik Rujukan Paling Timur di Malaysia (TRPTM), sebuah lokasi di pesisir pantai di Tanjung Antiam, dekat Tambisan.

Mufti Negeri Datuk Bungsu @Aziz Jaafar dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamian Malaysia Zon Sabah Samin Ongki dijangka akan mengadakan lawatan rasmi ke TRPTM awal tahun depan.

Tujuan lawatan itu adalah menziarahi dan menyantuni penduduk Tambisan serta meninjau lokasi paling timur di Sabah yang berkaitan dengan keperluan melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah.

 ??  ?? MOMEN dan Jablee bersama ahli rombongan lawatan.
MOMEN dan Jablee bersama ahli rombongan lawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia