Utusan Borneo (Sabah)

Lampin pakai buang tiruan bernilai RM17,000 dirampas

-

SUNGAI PETANI:Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani merampas sejumlah 65,000 keping lampin pakai buang tiruan yang dianggarka­n bernilai RM17,299 dalam operasi yang dijalankan di sebuah kilang di kawasan Perindustr­ian Bakar Arang di sini, pada Isnin.

Ketua Cawanganny­a, Mazlan Safar berkata serbuan membabitka­n tujuh anggota yang dijalankan pada 1.30 tengah hari itu, dibuat selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagang serta risikan yang dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati kilang terbabit beroperasi hampir 24 tahun lalu namun baru dua tahun mengeluark­an lampin pakai buang jenama Popo Kids.

“Kami merampas 65,000 keping lampin pakai buang tiruan yang dianggarka­n bernilai RM17,299, namun tiada individu yang ditahan sewaktu serbuan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan media, pada Selasa.

Mazlan berkata, siasatan juga mendapati bahawa produk lampin pakai buang yang dihasilkan di kilang terbabit, dipasarkan ke Rantau Panjang, Kelantan.

Menurutnya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011, atas kesalahan menggunaka­n,membekalka­n,menawarkan atau mendedahka­n perihal dagangan palsu.

“Jika didapati bersalah, pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan dengan perihal dagangan palsu, (kesalahan kedua atau berikutnya boleh dihukum denda tidak lebih RM30,000).

“Jika bukan pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu, (kesalahan kedua atau berikutnya, hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya),” katanya.

Mazlan berkata, KPDNKK memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat agar tidak menjual atau mengedar barang atau produk tiruan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undangunda­ng.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia