Utusan Borneo (Sabah)

Suasana harmoni, meriah

Majlis rumah terbuka Hari Krismas Parlimen Pensiangan

- Oleh JOHAN AZIZ

SUASANA majlis rumah terbuka Hari Krismas Pejabat Perhubunga­n Parlimen Pensiangan disambut harmoni dan meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama dari Pedalaman Atas.

Lebih 3,000 orang telah menghadiri majlis itu yang diadakan di Dewan Masyarakat Sook, Keningau pada Ahad.

Majlis itu dihadiri oleh seluruh rakyat peringkat umur, kanak-kanak, belia, dewasa dan warga emas yang datang dari daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Nabawan serta daerah kecil Pagalungan Pensiangan dan Sook.

Kebanyakan yang hadir adalah terdiri para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN), pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat, belia dan komuniti masyarakat kaum Tionghua.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup bersama isteri Puan Sri Malinda, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup dan para pemimpin tertinggi PBRS telah melayani para tetamu pada majlis itu.

Pada majlis itu, kanakkanak turut mendapat sumbangan yang disampaika­n oleh Kurup, Malinda dan Arthur.

Sementara itu, warga emas turut menerima sumbangan bantuan sempena dengan perayaan Hari Krismas tahun ini yang disampaika­n oleh Kurup.

Para tetamu juga

“Kebanyakan yang hadir adalah terdiri para pemimpin komponen Barisan Nasional (BN), pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat, belia dan komuniti masyarakat kaum Tionghua.

dihiburkan dengan lagu-lagu Krismas oleh kumpulan koir.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Senator Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Penasihat PBRS Datuk Kadoh Agundong, Ketua Pemuda Umno Bahagian Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman, Setiausaha Politik Richard Kastum, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Pensiangan Rayner F Udong dan Kapitan Peter Ma.

Pada hari yang sama di kediamanny­a, Kurup turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM32,500 kepada Institut Pengajian dan Dakwah Sabah (IPDAS).

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) TAJUDDIN (duduk tiga kiri) mengabadik­an kenangan bersama Kurup (empat kanan) dan Arthur (dua kiri). Turut kelihatan Ghani (tiga kanan), Richard (dua kanan), Rayner (kanan) dan tetamu lain.
(Gambar kiri) KURUP membantu kanak-kanak...
(Gambar atas) TAJUDDIN (duduk tiga kiri) mengabadik­an kenangan bersama Kurup (empat kanan) dan Arthur (dua kiri). Turut kelihatan Ghani (tiga kanan), Richard (dua kanan), Rayner (kanan) dan tetamu lain. (Gambar kiri) KURUP membantu kanak-kanak...
 ??  ?? KURUP bersama Malinda dan Arthur menyampaik­an sumbangan Krismas kepada kanakkanak yang hadir.
KURUP bersama Malinda dan Arthur menyampaik­an sumbangan Krismas kepada kanakkanak yang hadir.
 ??  ?? KURUP dan Malinda bersama warga tua wanita yang menerima sumbangan sempena Krismas.
KURUP dan Malinda bersama warga tua wanita yang menerima sumbangan sempena Krismas.
 ??  ?? PARA tetamu yang terdiri masyarakat kaum Tionghua bergambar kenangan bersama Kurup, Malinda dan Arthur.
PARA tetamu yang terdiri masyarakat kaum Tionghua bergambar kenangan bersama Kurup, Malinda dan Arthur.
 ??  ?? KURUP dan Malinda membakar sate untuk hidangan para tetamu.
KURUP dan Malinda membakar sate untuk hidangan para tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia