Utusan Borneo (Sabah)

Program Pupuk wadah interaksi siswa perubatan dan penduduk pedalaman

-

PROGRAM Perkongsia­n Universiti-Keluarga (Pupuk) yang telah dimulakan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah sejak tahun 2006 terus menjadi wadah bagi pelajar perubatan UMS untuk berinterak­si dengan masyarakat di kawasan pedalaman Sabah.

Profesor Perubatan FPSK Prof. Dr. Zainal Ariffin Mustapa berkata program ini melibatkan jalinan berterusan antara universiti, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah dan penduduk setempat dalam menjayakan program kesihatan masyarakat.

“Program ini merupakan satu aktiviti kurikulum untuk pelajar perubatan dan kejururawa­tan, yang antara lain turut bertujuan untuk menjalinka­n hubungan silaturahi­m antara pihak universiti dengan masyarakat desa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Penyerahan Keluarga Angkat Program PUPUK di Dewan Pusat Pendidikan dan Perubatan Desa (PPPD) Sikuati, Kudat yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kudat, Sapdin Ibrahim baru-baru ini.

Menurut Prof. Zainal, program pada kali ini menyaksika­n seramai 100 pelajar tahun satu FPSK telah diagihkan kepada 30 keluarga di Kampung Pinawantai, Matunggong, Kudat.

Sementara itu, Sapdin dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n terhadap pihak pengurusan UMS di atas pemilihan daerah Kudat untuk program Pupuk sejak program itu bermula lebih sedekad lalu.

“Saya percaya program ini telah memberikan impak yang positif kepada penduduk dari pelbagai kampung di sekitar Kudat sejak pelaksanaa­nnya.

“Diharapkan agar program ini akan terus diadakan di daerah ini untuk kebaikan masyarakat di luar bandar khususnya di daerah Kudat dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Pinawantai, Suntiam Mantagilir melahirkan rasa bersyukur dan bertuah kerana kampung beliau dipilih untuk pelaksanaa­n program Pupuk pada kali ini.

“Melalui program ini diharap dapat meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n pengetahua­n dan penjagaan kesihatan diri dan keluarga kepada penduduk kampung,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Dekan FPSK Prof. Dr. Mohd. Saffree Jeffree dan penyelaras program Pupuk Prof. Madya Dr. Naing Oo Tha.

 ??  ?? ZAINAL (lima dari kiri) bergambar bersama wakil pejabat daerah Kudat dan ketua kampung pada majlis penyerahan keluarga angkat.
ZAINAL (lima dari kiri) bergambar bersama wakil pejabat daerah Kudat dan ketua kampung pada majlis penyerahan keluarga angkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia