Utusan Borneo (Sabah)

Bakal pewaris tampuk kepimpinan negara

32 pelajar UMS terima watikah pelantikan MPP

-

SERAMAI 32 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sijil watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/2018 di Galeri Majlis UMS pada Isnin.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk D Kamarudin D Mudin berkata, pemilihan MPP yang diadakan secara demokrasi pada Oktober lalu adalah satu pilihan yang terbaik oleh pelajar UMS dalam menentukan pemimpin yang berkaliber dan layak bersuara bagi mewakili pihak siswa siswi.

“MPP adalah satu entiti yang sangat penting di UMS kerana mereka mempunyai peranan dan fungsi yang besar serta penting bagi menyalurka­n suara siswa siswi UMS kepada pihak pengurusan UMS,” katanya.

Beliau berkata, MPP juga berfungsi dalam merangka serta menyusun pelbagai strategi dan aktiviti program kemahasisw­aan yang bertujuan membangun sahsiah pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi dan peranan masing-masing kepada masyarakat, bangsa dan negara.

“Barisan MPP sesi 2017/2018 yang telah terpilih ini merupakan barisan yang terbaik di antara ribuan pelajar UMS untuk memimpin rakanrakan seperjuang­an di universiti, saya percaya suatu hari nanti anda bakal menjadi pewaris tampuk pimpinan negara pada masa akan datang,”

katanya.

Kamarudin juga menasihatk­an agar barisan MPP sentiasa mengamalka­n DSIJ iaitu Dynamic, Sustainabl­e,

Integrity, Justice dalam menjalanka­n amanah yang diberikan.

Terdahulu, Presiden MPP UMS 2017/2018 Jusman Nali memberitah­u beliau dan rakan seperjuang­annya bercadang untuk mengadakan Konvensyen De Borneo pada bulan April 2018, yang mana akan menghimpun­kan semua pemimpin mahasiswa di negeri Sabah dan Sarawak.

“Kami di barisan MPP mohon dorongan serta sokongan daripada pihak pengurusan UMS untuk menjayakan konvensyen ini,” katanya.

Barisan MPP UMS 2017/2018 diwakili oleh 24 perwakilan kampus induk Kota Kinabalu, tiga orang daripada Fakulti Pertanian Lestari Sandakan dan lima orang dari Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan.

“Barisan MPP sesi 2017/2018 yang telah terpilih ini merupakan barisan yang terbaik di antara ribuan pelajar UMS untuk memimpin rakan-rakan seperjuang­an di universiti, saya percaya suatu hari nanti anda bakal menjadi pewaris tampuk pimpinan negara pada masa akan datang.

PROFESOR DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 ?? ‘Soaring Upwards’. ?? KAMARUDIN (duduk, enam dari kanan) bersama pegawai kanan universiti dan barisan MPP UMS yang baharu menggayaka­n tagline
‘Soaring Upwards’. KAMARUDIN (duduk, enam dari kanan) bersama pegawai kanan universiti dan barisan MPP UMS yang baharu menggayaka­n tagline
 ??  ?? JUSMAN (tengah) mengetuai bacaan ikrar bersama barisan MPP UMS yang baharu.
JUSMAN (tengah) mengetuai bacaan ikrar bersama barisan MPP UMS yang baharu.
 ??  ?? PRESIDEN MPP UMS 2017/2018 Jusman Nali (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Kamarudin.
PRESIDEN MPP UMS 2017/2018 Jusman Nali (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Kamarudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia