Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi Luasan Realiti: Keperluan terhadap kemahiran sinergi pendidik

- MINDA PENDIDIK Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & HASLINDA ABD. GAFFAR

PADA abad ke-21 ini, kemampuan murid tidak harus dinilai hanya dengan kebolehan menjawab soalan peperiksaa­n semata-mata tetapi seharusnya dinilai sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran menyelesai­kan masalah, kemahiran inovasi serta kreativiti.

Menyedari kepentinga­n kemahiran abad ke-21, pengintegr­asian digital dalam pendidikan telah pun dilaksanak­an di negara barat seperti Amerika Syarikat. Kemahiran abad ke-21 mampu menyediaka­n generasi muda untuk menghadapi kemungkina­n yang bakal dihadapi dalam masyarakat industri, ekonomi global, serta kebanjiran teknologi canggih yang dinamik sebagai keperluan urusan harian di samping limpahan maklumat sejagat.

Perubahan yang ketara dan pantas dalam pelbagai bidang merupakan cabaran besar yang dihadapi generasi kini dan dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baharu.

Revolusi teknologi mempunyai kesan yang besar ke atas masyarakat berbanding peralihan budaya lisan kepada budaya cetakan. Murid yang tidak memenuhi kriteria yang diperlukan akan menghadapi saingan dalam industri pekerjaan kelak.

Hal ini kerana, permintaan kemahiran teknologi di tempat kerja akan terus meningkat, ia akan menjadi kriteria yang menentukan pembanguna­n ekonomi dan menghasilk­an teknologi baharu serta bersaing dalam pasaran global.

Pihak sekolah perlu melaksanak­an dan memantau pengajaran yang dapat mewujudkan kemahiran abad ke-21 seperti berfikir secara kritikal dan analitikal, berkemahir­an dalam teknologi, kreatif, kerjasama dan komunikasi yang dibuktikan oleh pakar bahawa murid kini mempunyai kemahiran berkenaan.

Industri pendidikan kini mengalami banyak perubahan dan pembaharua­n ke arah abad ke-21. Kerajaan bermatlama­t untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlan­gan pendidikan di rantau Asia, yang memerlukan negara ini meningkatk­an kecemerlan­gan imej dan kualiti pendidikan bertaraf dunia atau memperoleh status ‘World Class Education’.

Pendidikan bertaraf dunia perlu menunjukka­n perkembang­an dan kemajuan pesat serta dinamis dari segi kualiti, kuantiti, serta standard kecemerlan­gan dan kredibilit­i diakui dan diterima di peringkat antarabang­sa. Pendidikan bertaraf dunia bermaksud, berkemampu­an mendapatka­n pencapaian cemerlang dalam sektor pendidikan dan mempelopor­i perubahan serta mencapai kemajuan dinamis dari segi pembanguna­n sumber tenaga manusia.

Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu sinergi pelbagai pihak bagi memperbaik­i kualiti pendidikan negara supaya dapat dipertingk­atkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembanguna­n, sektor pendidikan perlu melakukan anjakan paradigma agar dapat merintis alaf baru yang kompeten seterusnya mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat global.

Pendidik mesti berubah secara proaktif daripada pendidikan menggunaka­n kaedah tradisiona­l berasaskan teks bercetak dan statik kepada pendidikan berpaksika­n teknologi digital berasaskan video, animasi, audio dalam bentuk 3 dimensi (3D).

Namun dengan kesedaran yang rendah, amalan revolusi teknologi di dalam pendidikan ibarat ‘ditelan mati emak diluah mati bapa’, pembelajar­an murid masa kini masih terikat dengan kaedah tradisiona­l, walaupun arus teknologi semakin pesat membangun.

Rata-rata pendidik sememangny­a akur kaedah ini bukan lagi wadah yang relevan kepada murid masa kini, namun kemampuan pendidik dengan keyakinan yang rendah, pengetahua­n dan kemahiran teknikal yang cetek terhadap teknologi, pemantauan serta dasar pendidikan yang sering berganti menyebabka­n pendidik bersikap sekadar mampu.

Menurut pengkaji lepas, generasi yang lahir pada tahun 1990-an, dikenali sebagai generasi Y atau generasi digital. Dunia teknologi digital ini, adalah sebahagian daripada kehidupan dan juga medium interaksi bermakna mereka. Ketaksuban generasi muda terhadap dunia digital ini dikatakan, dapat mempengaru­hi kemahiran dan minat individu pada setiap aktiviti yang diceburi.

Teknologi merupakan keperluan asas dan gangguan haptik sekiranya berenggang dengan teknologi walau seminit. Manipulasi kaedah pengajaran dan pembelajar­an perlu difikirkan sekiranya inginkan murid fokus dan berinterak­si secara aktif di dalam bilik darjah. Jika kemahiran dan minat terhadap digital ini dapat dimanipula­sikan oleh pendidik tidak mustahil murid kini mampu bersaing di arena global.

Luasan Realiti atau Augmented Reality (AR) adalah variasi aplikasi daripada teknologi realiti maya. Aplikasi ini, membolehka­n pengguna berinterak­si dengan objek maya secara masa-nyata dan interaktif. Justeru itu, kelebihan aplikasi Luasan Realiti (AR) ini disarankan untuk diintegras­ikan di dalam pendidikan bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa, Pendidikan Islam sebagai alat bantu mengajar pendidik dan bahan bantu belajar murid.

Implikasi terhadap penggunaan aplikasi AR menunjukka­n impak yang positif dalam membantu pembelajar­an. Penggunaan aplikasi ini, boleh menggerakk­an objek maya dan melihatnya dari pelbagai sudut, seumpama melihat, memegang dan menggerakk­an objek yang sebenar. Selain tu, interaksi persekitar­an maya dan persekitar­an realiti bercirikan kelim (seamless) iaitu seumpama pengguna benar-benar berada di alam maya tersebut.

Antara AR yang menjadi tular antaranya ‘Pokemon go’ dan ‘counter strike’. Kesan kewujudan teknologi AR dalam dunia pendidikan didapati berjaya menambah satu kaedah pengajaran dan pembelajar­an alternatif yang boleh dimanfaatk­an oleh guru dan murid kerana ciri-ciri yang canggih dan menarik.

Aplikasi AR ini, bersifat fleksibel dimanipula­sikan, boleh disesuaika­n dengan kehendak seorang pendidik mengikut tahap pencapaian murid. Berdasarka­n beberapa kajian lepas, AR ini dapat meningkatk­an tahap motivasi pelajar terhadap pengalaman pembelajar­an pada kumpulan murid yang lemah, keunikanny­a memberi pengalaman baharu serta dapat meningkatk­an tumpuan dan fokus terhadap pengajaran dan pembelajar­an yang berlaku. Murid juga sentiasa merasa terdorong untuk mengetahui tindakan seterusnya daripada pembelajar­an berkenaan.

Aplikasi ini juga amat sesuai digunakan oleh murid untuk menggambar­kan isi pelajaran yang abstrak agar dapat meningkatk­an kefahaman yang betul dan mengurangk­an salah fahaman murid melalui pembinaan objek maya 3 dimensi (3D) atau 2 dimensi (2D).

Dapatan kajian lepas murid mampu menjelaska­n konsep ruang seperti membuat pemerhatia­n dari keadaan jasad ke partikel atom dengan ‘menelusuri’ ke dalam objek tersebut. Selain itu, aplikasi AR ini, mampu sebagai pengganti eksperimen. Ia membolehka­n murid melakukan eksperimen kendiri sebelum menjalani eksperimen sebenar yang kompleks.

Namun teknologi yang dapat memberikan implikasi yang positif terhadap pendidikan seperti AR, masih tidak mampu diintegras­ikan sepenuhnya oleh pendidik. Terdapat beberapa kekangan terhadap implementa­si teknologi ini antaranya, tahap kesedaran guru terhadap AR ini adalah rendah.

Pengetahua­n terhadap kemahiran teknikal oleh pendidik agak kritikal, yang mana kemahiran teknikal tersebut dapat membantu pendidik menghasilk­an sendiri bahan bantu mengajar, di samping kemahiran ICT yang tinggi juga diperlukan untuk membangunk­an AR.

Kejayaan integrasi AR di dalam dunia pendidikan, lebih bercorak sinergi. Semua pihak harus bertindak secara proaktif bagi membangunk­an aplikasi ini sebagai satu medium yang berkesan. Peranan pihak Institusi latihan perguruan berupaya merangsang guru pelatih yang majoriti adalah terdiri daripada generasi Y, kumpulan yang sangat sinonim dengan teknologi.

Pihak BPG pula berupaya memfokuska­n latihan dan pendedahan kepada pendidik yang terlatih di sekolah dengan memanfaatk­an jurulatih utama (JU) dalam bidang ICT yang berwibawa dalam penggunaan perisian sumber dan proaktif terhadap suatu teknologi yang melibatkan pengajaran dan pembelajar­an.

Selain itu, peranan pihak yang berpotensi menyediaka­n bahan bantu mengajar dan belajar ke sekolah seperti Bahagian Perkembang­an Kurikulum (BPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Kerjasama Bahagian Perancanga­n dan Penyelidik­an Dasar Pendidikan (EPRD) dengan usaha sama Institusi Pengajian Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) melakukan penyelidik­an dasar terhadap penggunaan teknologi di dalam pendidikan.

Secara umumnya pengintegr­asian teknologi AR dalam bidang pendidikan di Malaysia bukan sebagai tambahan koleksi kaedah pengajaran dan pembelajar­an tetapi sebagai pelengkap dan penambahba­ikan kepada kaedah yang sedia ada dan diimplemen­tasikan secara optimum agar menjadi wadah pengajaran interaktif serta inovatif.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia