Utusan Borneo (Sabah)

Misi Star menang PRU14 dan tubuh kerajaan Sabah

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata misi parti itu adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menubuhkan kerajaan Sabah.

Katanya, ia bagi membolehka­n Star melaksanak­an wawasan rakyat untuk Sabah iaitu mengembali­kan kenegaraan dan kemerdekaa­n Sabah, dan membinanya sebagai sebuah negara yang bersatu, berjaya, makmur, progresif, selamat dan gemilang.

“Ini juga mewujudkan suasana rakyat Sabah yang cemerlang menjadi usahawan, artis, saintis, olahragawa­n, pemikir, pemimpin dan ‘outstandin­g Sabahan’ bertaraf dunia,” katanya dalam ucapan dasarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pertama Tri Tahunan Star di Dewan Gapari Kampung Kiawayan, di sini pada Sabtu.

Pada masa yang sama, beliau berkata Star juga melakukan ‘revolution­ary change’ dengan memperkena­lkan Hari Kemerdekaa­n Sabah 31 Ogos, mewujudkan tujuh residensi dan negeri dalaman baharu di Sabah, sistem pentadbira­n, pengurusan dan exco residensi, ekonomi digital ‘cashless economy’ berkonsepk­an halatuju dunia.

Selain itu katanya, mewujudkan Kementeria­n Keselamata­n Tanah Air, melakukan pendekatan pengiktira­fan dan pentadbira­n tanah, tanah NCR dikeluarka­n ‘field register’ dan tanah negeri diutamakan untuk rakyat Sabah khasnya generasi muda.

Jeffrey berkata, pihaknya juga akan mewujudkan Tribunal Tanah bagi menyelesai­kan masalah tanah tanpa ke mahkamah, menubuhkan Yayasan Tanah Anak Negeri sebagai membantu ekonomi anak negeri, kad pengenalan Sabah untuk bangsa Sabah sementara Resident IC untuk bukan rakyat Sabah.

Kira-kira 2,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh Sabah termasuk Ahli Majlis Tertinggi Star dan pemimpinpe­mimpin Gabungan Sabah hadir pada mesyuarat itu.

 ??  ?? JEFFREY memalu gong sebagai gimik perasmian mesyuarat itu.
JEFFREY memalu gong sebagai gimik perasmian mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia